Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Muhyiddin ajak masuk Bersatu, Khairy masih 'tutup mulut'

May 18, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, yang masih tidak mempunyai parti selepas dipecat Umno pada Januari lalu, lebih selesa 'menutup mulut' mengenai masa depan penglibatan politiknya walaupun sudah ditawarkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Ketika dihubungi Berita Harian Malaysia susulan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai tawaran jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Encik Khairy, mantan Menteri Belia dan Sukan itu meminta pendiriannya yang belum bersedia mengulas perkara itu, dihormati.



Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengakui ada menawarkan jawatan dalam MPT Bersatu kepada Encik Khairy jika mantan Ahli Parlimen (AP) Rembau itu mahu menyertai parti diterajui mantan perdana menteri berkenaan.



Tawaran dikemukakan selepas Encik Khairy dipecat daripada Umno, mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.



Encik Khairy dipecat Umno pada 28 Januari lalu atas alasan kes pelanggaran disiplin semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika beliau menjadi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh.



Pemimpin utama lain dalam Umno yang turut dipecat ialah mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Tan Sri Noh Omar; mantan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim.



Encik Khairy berpendirian tidak akan merayu keputusan berkenaan kerana pihak yang mahu beliau keluar Umno tetap kekal dalam parti.



Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin berkata:



"Saya dan beliau (Khairy) sudah berbincang hal ini agak lama, sejak beliau dipecat.



"Ketika itu beliau ajak saya berjumpa dan berbincang secara terbuka mengenai hala tuju dan ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang berkaliber.



"Sebenarnya, dia tak mohon untuk masuk (Bersatu) tetapi saya tawar beliau untuk menyertainya.



"Tawaran masih ada dan saya ada bertanya lagi (perkembangan menyertai Bersatu) ketika dia menghadiri rumah terbuka saya tempoh hari.



"Khairy bagaimanapun belum memberi sebarang keputusan. Saya rasa tak mengapa, kita tak mahu menggesa beliau, tetapi harapan Bersatu adalah beliau menyertai kita dan bantu membina kekuatan parti," katanya pada sidang media pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >