Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin akan bentang usul undi percaya di Dewan Rakyat bulan depan

Keputusan dibuat susuli pertemuan PM M'sia dengan Agong
Aug 05, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan langkah untuk membentangkan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.



Ini diumumkan pada 12.30 tengah hari semalam selepas Tan Sri Muhyiddin mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada 11 pagi.



"Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.



"Alhamdulillah, Seri Paduka memperkenankan cadangan saya ini. Sementara itu, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19," katanya yang berdepan hampir 20,000 kes jangkitan koronavirus semalam - rekod tertinggi sejauh ini.



Tan Sri Muhyiddin mengadap di Istana Negara setelah menerima warkah Yang di-Pertuan Agong memaklumkan lapan anggota parlimen Umno telah menarik sokongan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini mendakwa disokong lebih 110 ahli parlimen sebelum Umno menarik sokongan.



Pengamat yang dihubungi Berita Harian menjangkakan akan berlaku perpecahan dalam Umno - yang mempunyai 38 kerusi - dengan sebahagian ahli parlimen termasuk barisan Menterinya akan menyokong Tan Sri Muhyiddin.



Bersatu yang mempunyai 31 kerusi manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan 18 kerusi juga menyatakan sokongan kepada PN.



Sejauh ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyambut baik tindakan Umno dan melepaskan jawatan.



Dalam perutusan khas semalam, Tan Sri Muhyiddin mendakwa keengganan beliau mencampuri urusan mahkamah telah menyebabkan Umno menarik sokongan ke atasnya.



Menafikan hal tersebut, mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyifatkannya sebagai satu pembohongan.



"Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan. Sedangkan cara terbaik untuk gugurkan (kes mahkamah) ialah dengan mengampu dan bukan melawan dia (perdana menteri)," tulis Datuk Seri Najib di Facebooknya semalam.



Tan Sri Muhyiddin turut mendakwa kerajaannya masih meraih sokongan majoriti.



"Saya menyembah maklum kepada baginda (Yang di-Pertuan Agong) mengenai penerimaan sejumlah SD (akuan bersumpah) daripada ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini," katanya tanpa memberikan jumlah sebenar sokongan yang ada.



Ini disangkal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dataran Merdeka pada Isnin lalu - mendedahkan beliau mendapat sokongan 107 ahli parlimen dan beberapa yang lain.



"Saya dapat maklumat dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN," ujar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin gagasan Pakatan Harapan (PH) itu.



Malah, kesemua 92 anggota parlimen pembangkang semalam telah menyatakan pendirian untuk tidak menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.



Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama PH yang melibatkan PKR, Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (Amanah), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Bebas.



Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan 13 kerusi turut menolak.



Pemimpin pembangkang meragui kenyataan Tan Sri Muhyiddin dan mempersoal tindakannya mengadakan usul percaya pada bulan depan dan mendesak agar sidang khas Parlimen diadakan selewat-lewatnya Isnin depan.



Parlimen Malaysia mempunyai 220 kerusi dan untuk membentuk kerajaan majoriti, Tan Sri Muhyiddin perlu mendapat sokongan 111 anggota parlimen untuk kekal sebagai perdana menteri.



Mengulas tindakan Umno menarik sokongan, Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu amat kritikal demi menyelamatkan rakyat dan negara.



"Pokoknya Umno sama sekali tidak dapat berkompromi dengan perbuatan kerajaan PN yang menderhaka... sanggup membelakangi kuasa Seri Paduka Baginda dan menyanggah titah Majlis Raja-Raja Pemerintah."



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >