Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin, Anwar masing-masing yakin dapat bentuk kerajaan

Agong beri tempoh hingga 2 petang hari ini bagi ketua parti kemuka cukup sokongan bentuk kerajaan, calonkan nama perdana menteri
Nov 21, 2022 | 05:30 AM



PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin beliau akan memperolehi bilangan sokongan mencukupi daripada parti dan Ahli Parlimen untuk membolehkan dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.



Ini menyusuli satu sidang media petang semalam oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berhubung pendiriannya menyokong pembentukan kerajaan persekutuan baru dengan kerjasama PN, GPS, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



Tan Sri Johari berkata keputusan itu diambil untuk memperkukuh dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.



"Fokus dan tanggungjawab utama kita sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat," ujarnya.



Awal daripada itu, beliau juga telah bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin serta Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menghasilkan keputusan Parlimen tergantung dengan tiada gabungan memiliki majoriti mudah.



Mengikut kiraan rasmi, Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Muda memenangi 82 kerusi Parlimen manakala PN memenangi 73 kerusi Parlimen.



Menerusi satu kenyataan, Tan Sri Muhyiddin berkata Tan Sri Johari dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, telah menyatakan kesediaan Ahli Dewan Rakyat mereka untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada beliau untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia.



"Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10," ujar beliau.



Namun dalam kenyataannya malam tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata BN tidak pernah berunding dengan GPS untuk memberi persetujuan penubuhan kerajaan bersama PN.



"Kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan," ujar beliau yang turut menambah bahawa Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan dilepaskan daripada parti itu, termasuk kerusi Parlimen yang disandangnya.



Difahamkan, Datuk Ahmad Zahid juga mengadakan pertemuan dengan Datuk Anwar namun ini tidak dapat disahkan hingga akhbar ini dicetak malam tadi.



Dalam satu sidang media awal pagi semalam, Datuk Anwar juga berkata PH mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.



"(Tan Sri) Muhyiddin tidak boleh menubuhkan kerajaan kerana kami ada lapan (persetujuan) bertulis. Kita juga ada semua dokumen parti namun kita perlu menghormati proses yang sewajarnya. Kami akan memaklumkan kepada pihak Istana," katanya.



Menerusi satu kenyataan, Istana Negara berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah meminta parti politik dan ketua gabungan parti politik memaklumkan mengenai gabungan parti politik yang telah dipersetujui serta mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara sebelum 2 petang hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >