Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin arah laporan khas siasat skandal kartel daging

Syarikat M'sia didapati guna logo halal palsu luar negara
Dec 30, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan satu laporan khas mengenai skandal kartel daging dibentangkan kepada kerajaan, setelah hal itu didedahkan baru-baru ini.



Pengarah Agung Jabatan Kuarantin dan Khidmat Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Encik Saiful Yazan Alwi, mendedahkan demikian dalam program "Ruang Bicara" di Bernama TV semalam.



"Perdana Menteri kita telah meminta satu laporan khas, manakala Menteri Pertanian dan Industri berdasarkan Agro (Datuk Ronald Kiandee) juga sedang memberi perhatian khas terhadap hal tersebut.



"Semua orang terkejut dengan jumlah sangat banyak (daging diseludup) yang kami rampas baru-baru ini.



"Rampasan itu dengarnya seperti banyak, tetapi berbanding dengan daging halal diimport yang sah, ia agak sedikit," kata Encik Saiful.



Awal bulan ini, pihak berkuasa telah menyerbu satu kartel penyeludupan daging di Senai, Johor dan merampas 1,500 tan daging beku bernilai RM30 juta ($9.84 juta).



Serbuan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta agensi lain dijalankan berikutan satu laporan oleh akhbar harian bahasa Melayu, Sinar Harian, pada November.



Minggu lalu, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa sindiket kartel daging telah beroperasi di negara ini sejak 40 tahun lalu.



Para anggota sindiket tersebut dilaporkan telah memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi memastikan bahawa daging diimport daripada sumber tidak halal disahkan sebagai halal selepas memasuki pasaran Malaysia.



Dipercayai kartel itu mengimport daging dari rumah penyembelihan yang tidak disahkan halal di beberapa negara seperti Bolivia, Canada, Colombia, Sepanyol dan Mexico.



Siasatan pasukan penguat kuasa KPDNHEP mendapati syarikat terbabit memalsukan kelulusan logo halal luar negara dan Jakim serta memalsukan jenama daging import popular.



Syarikat terbabit mula beroperasi pada 2014 dan memperoleh lesen sebagai pengimport produk sejuk beku pada 2017.



Menurut laporan, kartel berkenaan menggunakan syarikat proksi bagi mengelak sebarang kaitan secara langsung dibuat dengan ketua-ketuanya.



Dalam pada itu, KPDNHEP mengesahkan bahawa tiada daging kuda, kanggaru atau khinzir ditemui menyusuli rampasan di sebuah gudang di Senai pada awal bulan ini.



Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, memaklumkan perkara itu hasil laporan pensampelan yang dilakukan oleh Jabatan Kimia.



"Apa yang dimaklumkan kepada kita bahawa (kononnya) ada daging kanggaru, kuda daripada apa yang disita tersebut.



"Kita tidak pilih-pilih, kita hantar semua sekali kepada Jabatan Kimia dan (Jabatan Kimia) telah beri laporan kepada kita bahawa tidak ada daging kanggaru, tidak ada daging kuda dan tidak ada daging babi daripada apa yang kita tersebut," katanya ketika menggulung perbahasan usul berkait isu kartel daging haram di Dewan Negara semalam.



Beliau turut memaklumkan bahawa KPDNHEP juga bersetuju supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat isu kartel daging import itu.



Datuk Rosol turut mendedahkan bahawa syarikat yang disyaki memalsukan logo halal dalam kes kartel daging akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.



Bercakap dalam sidang media selepas lawatan kerja di kilang di Selayang semalam, Datuk Rosol berkata kementeriannya memandang serius isu berkenaan dan melakukan beberapa tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.



Katanya, ini termasuk membeku aset syarikat itu yang bernilai RM1 juta, merampas 24 cap getah syarikat-syarikat jenama yang mempunyai permintaan tinggi, menyita 5,000 keping pelekat halal Jakim, dan 2,428 kotak daging beku yang dianggar bernilai RM738,640.



Ditanya sebab nama syarikat berkenaan tidak didedahkan, Rosol berkata perkara itu bukan bertujuan melindungi.



"Modus operandi syarikat itu, pemiliknya mengimport sebanyak dua kali daripada semakan invois yang dibuat, tetapi beroperasi dengan menggunakan cop yang dipalsukan," katanya.



Sementara itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dirombak besar-besaran.



Ia bertujuan melantik mereka yang lebih cekap, berkebolehan dan berintegriti untuk menerajui jabatan itu dan memajukan industri ternakan negara.



Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MPM, Tun Hanif Omar, berkata bahawa mahkamah khas perlu ditubuhkan untuk pesalah rasuah selain mereka terbabit dikenakan hukuman berat.



Beliau berkata, Majlis Raja-Raja dicadangkan memerintahkan perkara itu di bawah perintah darurat kerana Parlimen akan mengambil masa yang lama untuk meluluskan tindakan ini.



"Apabila isu kartel haram ini terbongkar ada dua perkara yang berlaku iaitu kegiatan kartel haram dan import daging tidak halal.



"Kemelut ini mendedahkan perkara utama iaitu gejala rasuah semakin menjadi-jadi, keberkesanan sistem penyampaian haram dan kegagalan pembangunan industri makanan negara," katanya pada sidang media semalam.



Hadir sama Pengerusi Kluster Industri Halal MPM, Datuk Naim Mohamad, serta pimpinan MPM.



Tun Hanif berkata Skim Pensijilan Halal Jakim perlu dibekukan serta-merta dan jabatan itu perlu melepaskan tugas dan tanggungjawab mengendali pensijilan halal yang selama ini dikelolakan bersendirian.



Selain itu fungsi Majlis Halal Malaysia (MHM) yang dibekukan kerajaan sebelum ini perlu dikembalikan bagi mengelakkan isu sama berulang.



"MHM tubuhkan Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi setiap bidang berkaitan. Bagi perkara berkaitan halal, PPK ini wajib dianggotai agensi seperti Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Majlis Agama Islam Negeri, Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kementerian berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan. - New Straits Times/Astro Awani, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >