Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin didakwa atas 6 tuduhan; anggap dirinya jadi 'mangsa politik'

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas enam pertuduhan, menganggap pendakwaan ke atasnya satu bentuk pemangsaan politik terancang.



Beliau yang didakwa menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta ($69.8 juta) dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta itu turut mempersoalkan proses siasatan yang dilakukan ke atasnya sehingga dituduh di mahkamah.



Tan Sri Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76 tahun, berdepan dakwaan sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), telah menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu dan tiga syarikat.



Bagi dua lagi pertuduhan, Tan Sri Muhyiddin, selaku presiden parti itu, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM195 juta yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu pada 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022.



Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai Perdana Menteri untuk melantik kontraktor-kontraktor bumiputera bagi projek Jana Wibawa dan minta untuk dibicarakan.



Dalam sidang media selepas selesai proses pendakwaan, beliau berkata segala pertuduhan ke atasnya itu diterimanya dengan sabar.



"Saya tahu dalam dunia politik, ramai musuh yang ingin menghancurkan saya, keluarga saya dan parti saya.



"Lebih-lebih lagi apabila saya berhadapan dengan musuh politik yang rakus. Bagi saya tidak mengapa... ini jalan perjuangan yang saya pilih.



"Saya tidak memilih untuk bersekongkol atau tunduk dengan desakan mereka yang batil. Saya pilih untuk tegak berdiri di atas prinsip yang saya pegang," kata Tan Sri Muhyiddin.



Dalam kenyataannya, beliau mendakwa pihak berkuasa hanya menggunakan agensi penguatkuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka.



Di sebalik tuduhan mahkamah terhadapnya, Tan Sri Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan mengajak rakyat turun ke jalanan untuk membela dirinya.



Beliau berkata, rakyat sedang mengalami kesusahan hidup dan beliau enggan membebankan rakyat untuk membela dirinya.



Pendakwaan terbabit menjadikan beliau sebagai mantan perdana menteri kedua yang terkenal dengan panggilan 'Abah' didakwa di mahkamah atas kesalahan menerima rasuah dan pengubahan wang haram selepas Encik Najib Tun Razak.



Tan Sri Muhyiddin juga menjadi pemimpin Bersatu ketiga didakwa di mahkamah ini atas tuduhan jenayah, selepas mantan Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, membabitkan projek Jana Wibawa.



Laungan 'Hidup Tan Sri' dan 'kami sayang abah' oleh lebih 200 penyokong mengiringi kepulangannya meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.



Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata beliau menjangkakan rakyat akan bangkit menentang segala kerosakan yang dilakukan kerajaan menerusi 'Gelombang Abah'.



Katanya, kebangkitan rakyat dalam menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan dijangka lebih besar daripada gerakan reformasi yang berlaku sekitar 25 tahun lalu.



Tan Sri Muhyiddin dijangka menghadapi satu lagi pertuduhan mahkamah di Shah Alam, Isnin ini.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >