Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Muhyiddin didakwa pertuduhan ketujuh, ubah wang haram

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



MAHKAMAH Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Isnin menjadi tumpuan khususnya penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berdepan pertuduhan ketujuh pengubahan wang haram.



Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu kembali ke mahkamah untuk berdepan pertuduhan baharu dan didakwa sekali lagi.



Beliau menghadapi satu tuduhan terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta ($1.5 juta) pada awal tahun 2022.



Mantan Perdana Menteri kelapan (PM8) itu yang memakai kot hitam tiba di kompleks berkenaan dengan ditemani isterinya, Datin Noorainee Abdul Rahman serta beberapa pimpinan parti, antaranya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.



Penyokong PN juga mula kelihatan di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan kepada Muhyiddin.



Tan Sri Muhyiddin membuat pengakuan tidak bersalah sejurus tuduhan dibacakan oleh jurubahasa di depan Hakim Rozilah Salleh.



"Saya faham dan mengaku tidak bersalah," kata Tan Sri Muhyiddin dalam kamar Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.



Di bawah tuduhan yang dibacakan itu Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu menerima hasil kegiatan haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti.



Perbuatan itu dilakukan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, pada 7 Januari 2022.



Beliau boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil kegiatan haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan berkenaan dilakukan, atau RM5 juta yang mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.



Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Ahmad Akram, memohon kes Tan Sri Muhyiddin di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.



"Kes hari ini disebut semula pada 26 Mei ini iaitu tarikh sama seperti di Kuala Lumpur. Saya diberitahu pihak pembelaan tidak membantah permohonan ini," tambahnya.



Hakim membenarkan permohonan dibuat pendakwaan termasuk sebutan semula kes di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Mei ini, namun menegaskan satu lagi bon jaminan perlu ditandatangani kerana nombor kes berlainan.



Pada Jumaat, Tan Sri Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.



Mengikut tuduhan, Tan Sri Muhyiddin sebagai pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, menggunakan kedudukan untuk suapan iaitu wang RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta untuk partinya daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, syarikat Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Encik Azman Yusoff.



Tan Sri Muhyiddin juga didakwa sebagai Presiden Bersatu menerima wang RM120 juta dan RM75 juta hasil kegiatan haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti.



Pendakwaan terbabit menjadikan beliau sebagai bekas perdana menteri kedua yang terkenal dengan panggilan 'Abah' didakwa di mahkamah atas kesalahan menerima rasuah dan pengubahan wang haram selepas Datuk Seri Najib Razak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >