Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin dijangka umum sidang Parlimen M'sia sebelum 1 Ogos

Jul 03, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini.



Langkah itu diambil selepas beberapa hari Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, menyatakan bahawa sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.



Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara persidangan semula Parlimen itu akan dimuktamadkan pada mesyuarat Menteri pada Rabu ini.



"Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung persidangan Parlimen," katanya dalam kenyataan itu.



"Sehubungan itu perdana menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.



"Perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 7 Julai nanti," kata Datuk Takiyuddin lagi.



Tekanan agar Parlimen M'sia bersidang



Pada Selasa lalu, Sultan Abdullah sekali lagi menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Agong menzahirkan pandangan itu susulan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, di Istana Negara bersama timbalan masing-masing di Istana Negara.



Kenyatan Agong itu merupakan lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun lalu dengan Agong berserta lapan kerajaan negeri lain mengatakan bahawa badan perundangan itu harus bersidang secepat mungkin.



Agong juga telah bertemu beberapa pemimpin politik selama beberapa hari dari 9 Jun yang antara lain mengetengahkan isu diadakan semula sidang Parlimen selain proklamasi darurat.



Parlimen tidak bersidang selepas Agong, pada 11 Januari lalu, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19.



Namun pada 24 Februari lalu, Sultan Abdullah bertitah agar Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.



Semasa membentangkan Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun lalu, Tan Sri Muhyiddin berkata Parlimen akan bersidang apabila negara masuk ke fasa ketiga pelan tersebut.



Ia dijangka berlaku pada September atau Oktober, katanya. Namun, beliau kemudian mendapat tekanan sehari kemudian selepas Agong menitahkan agar sidang Parlimen diadakan "secepat mungkin".



Semasa memberi pandangannya, Peguam Negara Malaysia baru-baru ini mengatakan Agong hanya boleh meminta Parlimen bersidang semula atas nasihat Kabinet atau menteri bertindak di bawah kuasa umum Kabinet.



Tan Sri Idrus Harun berkata walaupun begitu, Perdana Menteri harus menetapkan tarikh sekurang-kurangnya 28 hari sebelum penggal baru bermula di Dewan Rakyat.- ST, BHM, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >