Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Muhyiddin dilarang ke luar negara

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilarang ke luar negara, menurut satu dokumen mahkamah.



Memberi respons, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencabar sekatan perjalanan dikenakan terhadap presiden parti itu dalam satu permohonan semakan kehakiman difailkan di Mahkamah Tinggi.



"Sekatan perjalanan dikenakan kerana Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bimbang Muhyiddin akan bercakap mengenai perubahan dan perkembangan politik di Malaysia di forum antarabangsa," kata parti itu dalam permohonan itu, lapor Free Malaysia Today.



Tan Sri Muhyiddin dijadual berucap dalam satu forum di luar negara.



Bersatu mendakwa sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas Tan Sri Muhyiddin adalah salah dan beliau tidak dimaklumkan mengenainya.



Parti itu berkata sekatan perjalanan bertujuan mencemarkan nama baik Tan Sri Muhyiddin dan seolah-olah Ahli Parlimen (AP) Pagoh itu telah melakukan jenayah dan cuba melarikan diri.



Sekatan perjalanan itu juga melanggar hak beliau di bawah Perlembagaan Persekutuan, katanya.



Sementara itu, dilaporkan Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membekukan akaun bank parti itu.



Parti itu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi pada Rabu dengan mendakwa keputusan membekukan akaun banknya dilakukan dengan niat jahat, lapor Malaysiakini.



Pada Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan beberapa akaun bank Bersatu dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan agensi itu terhadap parti tersebut.



Siasatan itu dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan pakej rangsangan Covid-19 bernilai RM92.5 bilion ($27.6 bilion) oleh bekas kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).



Setiausaha Agung Bersatu yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, telah mengecam kerajaan Malaysia yang menurutnya menggunakan agensi kerajaan sebagai alat untuk "membunuh" kredibiliti Bersatu dan PN.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan tidak pernah mengarahkan SPRM membekukan akaun Bersatu.



Beliau berkata agensi itu bertindak bebas dalam tindakan membekukan akaun Bersatu mengikut akta-akta berkaitan.



Katanya, SPRM bebas menyemak akaun mana-mana parti.



"Jadi, kalau itu maknanya kalau SPRM dapat laporan dan siasat, saya tidak ada masalah… dan akaun-akaun itu diaudit dihantar kepada RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) mengikut jadual ditetapkan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >