Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin hadapi tuduhan salah guna kuasa, ubah wang haram

Mantan PM M'sia dijangka didakwa mahkamah Jumaat; kes berkaitan dana kerajaan di bawah projek Jana Wibawa
Mar 10, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pada Khamis mengesahkan mantan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.



"Esok (Jumaat) beliau dijangka didakwa. Bukan hari ini (Khamis)," katanya sekali gus mengesahkan desas-desus sejak beberapa hari lalu bahawa seorang pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) akan didakwa oleh SPRM.



Tan Sri Muhyiddin merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan juga pengerusi PN, yang merupakan blok pembangkang utama Malaysia.



Beliau, yang juga Ahli Parlimen (AP) Pagoh, tiba di SPRM kira-kira 11.15 pagi Khamis setelah diminta hadir memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).



Satu sumber SPRM, ketika dihubungi wartawan, mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin dijangka berdepan enam tuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.



Beberapa pemimpin pembangkang mengecam tindakan tuduhan itu sebagai bermotif politik.



Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikannya dengan tegas sambil menambah bahawa jika semua kes pemimpin politik disiasat atau dihadapkan ke mahkamah dituduh bermotifkan politik, ini bermakna pihak berkuasa tidak lagi boleh mengambil tindakan andai ada pemimpin politik disyaki terbabit rasuah.



Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, berkata Tan Sri Muhyiddin tidak perlu meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu, walaupun dijangka didakwa di mahkamah.



Beliau menekankan, barisan kepimpinan parti tidak akan membenarkan Tan Sri Muhyiddin melepaskan jawatan, baik sebagai Presiden Bersatu mahupun Pengerusi PN, kerana kes dihadapinya didakwa adalah tuduhan politik.



Sementara itu, ratusan penyokong Tan Sri Muhyiddin berhimpun di depan ibu pejabat SPRM sebagai tanda sokongan mereka.



Mereka melaungkan "Lawan Anwar" dan "Lawan Kezaliman", slogan yang dicipta untuk memberi gambaran siasatan atau pendakwaan terhadap pemimpin Bersatu ketika ini adalah pendakwaan politik.



Datuk Razali juga memberitahu media bahawa Tan Sri Muhyiddin dijangka disiasat sehingga lewat Khamis petang.



Pada Februari lalu, Ketua Penerangan Bersatu ketika itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di atas tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta ($2.06 juta) membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta.



Kemudian, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Encik Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah atas beberapa tuduhan menerima rasuah, juga membabitkan projek Jana Wibawa. - BHM, FMT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >