Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin kekal jalankan tugas: Peguam Negara M'sia

Susuli kenyataan Presiden Umno tarik balik sokongan kepada Muhyiddin dengan serta-merta
Jul 09, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.



Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata berdasarkan perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat (Anggota Parlimen) hendaklah ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat sendiri, dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik, ataupun pemimpin parti politik.



"Merujuk kenyataan media yang dikeluarkan Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bertarikh 7 Julai, kenyataan itu daripada suatu parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada, dilantik Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.



"Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli kenyataan Datuk Ahmad Zahid awal pagi semalam bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno telah menarik balik sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin dengan serta-merta.



Sementara itu, sebilangan menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan dilihat pagi semalam berkumpul di kediaman Tan Sri Muhyiddin di Bukit Damansara.



Ini termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Menteri Kanan Luar Negara, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - kededuanya baru dinaikkan pangkat oleh Tan Sri Muhyiddin kelmarin.



Turut dilihat hadir di rumah itu ialah Tan Sri Idrus.



Pertemuan di kediaman Tan Sri Muhyiddin itu dipercayai berkait dengan kenyataan presiden Umno itu.



Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata parti itu tidak berasa terancam dengan tindakan Umno menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu.



Beliau yakin majoriti Anggota Parlimen (AP) masih menyokong Perdana Menteri dan pakatan Perikatan Nasional (PN).



"Perikatan, khususnya Bersatu, tidak terancam dengan kenyataan Presiden Umno.



"Saya ingin juga tahu apa yang sebenarnya berlaku semasa mesyuarat MKT Umno kerana saya yakin kepimpinan tertinggi Umno ingin bekerjasama dengan PN dan mereka adalah pemimpin yang bertanggungjawab," luahnya.



Sementara itu, Datuk Ahmad Zahid mempertahankan keputusan MKT Umno yang dikatakan beliau dibuat secara musyawarah demi kepentingan rakyat dan negara.



Beliau sekali gus menafikan dakwaan dikatakan propaganda dan tanggapan yang kerap direka bahawa presiden Umno membuat keputusan sendiri untuk parti.



"MKT Umno telah memutuskan apa yang difikirkan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara, malam tadi.



"Beginilah keindahan Umno parti keramat agama, bangsa dan negara. Sebuah parti demokratik berusia 75 tahun," katanya. - BHM, The Star.



Laporan lanjut:  '7 kegagalan' kerajaan buat Umno henti sokong Muhyiddin: Zahid




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >