Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin kekal presiden Bersatu

Mar 13, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: ` Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan belum sampai waktunya untuk khidmat serta kepimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden parti itu berakhir.



Sebaliknya, beliau berkata, perjuangan parti ketika ini baru sahaja bermula dengan mempertahankan mantan Perdana Menteri Malaysia itu selaku simbol yang memberi inspirasi untuk menentang kemungkaran dan menegakkan keadilan.



Beliau mengakui, inspirasi ini jugalah yang mengubah landskap politik negara apabila Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan.



"Perjuangan belum selesai. Perjuangan lebih panjang dan baru sahaja bermula. Tan Sri (Muhyiddin) perlu kita pertahankan dengan kudrat yang ada, insya Allah kami juga akan berjuang demi Tan Sri. Beliau mengakui, inspirasi ini jugalah yang mengubah landskap politik negara apabila Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan.



"Perjuangan belum selesai. Perjuangan lebih panjang dan baru sahaja bermula. Tan Sri (Muhyiddin) perlu kita pertahankan dengan kudrat yang ada, insya-Allah kami juga akan berjuang demi Tan Sri," katanya.



"Dasar-dasar Anwar Ibrahim (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menindas rakyat serta politik dendam Anwar harus kita lawan demi rakyat, demi negara.



"Kerana itu khidmat Tan Sri belum berakhir. Amat jelas khidmat Tan Sri masih diperlukan, perjuangan kita baru bermula," katanya ketika berucap menyokong usul menolak peletakan jawatan Presiden Bersatu pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Kelima Bersatu, pada Ahad.



Pada Sabtu, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU bersetuju mengekalkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.



MPT menegaskan pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya atas kapasiti peribadi.



Keengganan Tan Sri Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Presiden Bersatu walaupun dihadapkan ke mahkamah akibat kes salah guna kuasa dan rasuah dilihat satu tindakan 'cakap tidak serupa bikin'.



Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil, berkata sebelum ini pemimpin Bersatu sering meminta mana-mana pemimpin politik yang ada kes mahkamah supaya meletak jawatan termasuk mendesak pemimpin Umno berbuat demikian.



Bagaimanapun, katanya desakan itu berbeza apabila Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dikenakan pendakwaan di mahkamah.



"Selepas Ketua Penerangan Bersatu (Datuk Wan Saiful Wan Jan) didakwa (di mahkamah) dan letak jawatan, Muhyiddin kata ini 'standard' Bersatu kononnya bila ada kes mahkamah mereka akan letak jawatan



"Kemudian Muhyiddin kata dia akan letak jawatan jika ada pertuduhan dan dakwaan. Tapi bila sudah ada pertuduhan, dia tidak letak jawatan kononnya kawan-kawan dia tidak izin," katanya dalam hantaran di media sosialnya pada Ahad.



Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berdepan empat dakwaan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta ($69.4 juta) dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan nilai RM195 juta.



Beliau juga dijangka berdepan satu lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram pada Isnin.



Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya turut menyiasat punca dana politik diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno.



Beliau berkata, agensi penguat kuasa itu tidak seharusnya menumpukan punca dana Bersatu semata-mata kerana parti lain turut menerima dana politik daripada pihak tertentu.



"Saya nak cabar SPRM untuk siasat, siasat presiden PKR dan presiden Umno. Siasat di mana punca dana yang diterima oleh Umno dan PKR. Di manakah sumber (dana) yang mereka perolehi.



"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Perdana Menteri juga daripada Umno, adakah Umno tidak menerima sumbangan politik. Begitu juga PKR di beberapa negeri.



"Adakah parti ini tidak menerima sumbangan dana politik daripada mana-mana ahli perniagaan," katanya dalam ucapan dasar PAT kelima Bersatu, pada Ahad.



Ahli Parlimen Pagoh itu turut bertanya kepada SPRM mengenai laporan dibuat ahli parti yang menggesa siasatan lanjut dijalankan.



"Dah buat atau belum, atau yang disiasat hanya Bersatu sahaja. Bukankah ini pendakwaan terpilih.



"Sebelum pendakwaan juga, ramai termasuk media sudah tahu saya akan ditahan... seolah-olah mereka tahu saya akan didakwa. Apa maknanya ini dan adakah ia siasatan secara bebas," katanya.



Beliau mendakwa menjadi satu-satunya presiden parti yang didakwa di mahkamah disebabkan partinya menerima dana politik. - BHM




"..Muhyiddin kata dia akan letak jawatan jika ada pertuduhan dan dakwaan. Tapi bila sudah ada pertuduhan, dia tidak letak jawatan kononnya kawan-kawan dia tidak izin."



- Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >