SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Muhyiddin menghadap Agong di Kuantan di sebalik jangkaan perintah darurat diisytiharkan

Muhyiddin menghadap Agong di Kuantan di sebalik jangkaan perintah darurat diisytiharkan

Oct 23, 2020 | 7:03 PM

Muhyiddin menghadap Agong di Kuantan di sebalik jangkaan perintah darurat diisytiharkan

Tan Sri Muhyiddin dikatakan bergegas ke Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya pada pagi Jumaat (23 Okt).
Tan Sri Muhyiddin dikatakan bergegas ke Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya pada pagi Jumaat (23 Okt). - Berita Harian Malaysia

KUANTAN: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang pada Jumaat (23 Okt) bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, lapor New Straits Times.

Pertemuan itu berlangsung di tengah-tengah jangkaan bahawa pemimpin itu sedang meminta kebenaran daripada raja berperlembagaan untuk menggunakan kuasa darurat.

Tan Sri Muhyiddin dikatakan bergegas ke Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya pada pagi Jumaat bagi menetapkan langkah kecemasan untuk memastikan sesi belanjawan akan datang tidak menyebabkan pilihan raya kilat di tengah-tengah kebangkitan semula jangkitan koronavirus. Akhbar The Straits Times pula melaporkan sumbernya memberitahu satu "kecemasan ekonomi" boleh diisytiharkan untuk memastikan perbelanjaan kerajaan bagi membendung Covid-19 - yang telah melihat jumlah kes naik seganda bulan ini - tidak terjejas oleh sekitaran politik yang kian tidak stabil.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg