Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin mula tugas sebagai Perdana Menteri

Mar 2, 2020 | 10:53 AM
Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini. FOTO: BERNAMA
Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini. FOTO: BERNAMA -

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memulakan tugas hari pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan di Bangunan Perdana Putra.

Beliau disambut Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali sebelum dibawa ke aras 5, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.

Encik Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara semalam (Ahad, 1 Mac).

Perlantikannya itu berikutan kemelut politik selama seminggu di Malaysia yang menyaksikan tumbangnya pemerintah Pakatan Harapan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg