Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin nafi PN belanja besar semasa pilihan raya

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) tidak berbelanja besar bagi pembelian bendera, pakaian dan barangan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



"Sebagai langkah penjimatan, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) mencetak bendera dan barangan PN secara pukal dua tahun sebelumnya, yang kosnya empat kali lebih rendah berbanding jika mereka dicetak menjelang pilihan raya umum.



"Sebab itulah PN membuat keputusan tidak menukar bendera dan logo yang digunakan pada PRU15 walaupun ada cadangan sedemikian. Ini kerana kita telah menyimpan stok lebih awal.



"Jika hendak dicetak semula, semua stok yang ada akan dibazirkan, selain perlu menanggung kos berkali ganda lebih tinggi untuk mencetak bendera dan barangan baru. PN tiada dana untuk tujuan itu.



"Jadi, janganlah reka cerita palsu dan menabur fitnah kononnya Bersatu mempunyai dana berbilion ringgit semata-mata untuk mencemarkan imej Bersatu dan PN," katanya dalam satu catatan Facebook.



Beliau menambah, PN tidak mempunyai dana untuk mencetak semula bendera baru dan bahan lain.



Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin juga mempersoalkan motif di sebalik usaha 'pembunuhan karakter' yang didakwanya dilakukan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).



Ini termasuk tindakan terbaru menahan seorang timbalan ketua bahagian Bersatu Segambut yang disiasat berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM92.5 bilion (428.14 bilion).



Beliau berkata adalah satu fitnah untuk mengatakan beliau telah mengarahkan seseorang untuk mengutip antara 3-5 peratus komisen daripada RM92.5 bilion itu, menyebabkan andaian parti itu mempunyai dana pilihan raya RM4.5bil untuk PRU15.



Beliau mendakwa tindakan itu adalah taktik PH dan BN untuk menangani 62 peratus sokongan Melayu yang diperoleh PN pada PRU15.



Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lelaki pada awal bulan ini atas dakwaan rasuah melalui pembrokeran projek kerajaan.



Difahamkan lelaki itu, seorang ketua bahagian Bersatu, mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi Bersatu dan disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dana pakej rangsangan Covid-19 RM92.5 bilion di bawah kerajaan PN.



Lelaki berusia 42 tahun itu merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta yang didakwa bertindak sebagai orang tengah dalam pengagihan pakej rangsangan ekonomi dari 2020 hingga 2022.



Suspek juga didakwa mengambil rasuah untuk menghubungkan kontraktor dengan pihak atasan. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >