PETALING JAYA: Ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya dipecat dengan segera, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua mereka, lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka! Mereka yang menjadi beban kepada perdana menteri ," katanya dalam satu majlis taklimat tertutup yang dipercayai di Institut Latihan Memperkasa Umno di Janda Baik minggu lalu.
Rakaman ucapan Muhyiddin yang dilakukan secara tertutup menjadi viral, di mana beliau mengkritik beban hutang terkumpul 1MDB.
Video tersebut dikongsi oleh sebuah blog dan dimuat naik di laman sosial YouTube.
Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau bertanya kepada Najib bagaimana isu itu perlu diselesaikan kerana rakyat perlu ditunjukkan bahawa kerajaan mentadbir secara telus dan melihat skandal 1MDB dengan serius.
Beliau turut berkata, kenyataannya bukan bertujuan untuk menunjuk kehebatan dan bukan bermaksud dirinya membenci kepimpinan Najib atau menjatuhkan presiden parti.
"Namun isu dan masalah tersebut adalah masalah sebenar...Bagaimana dalam tempoh singkat, sebuah syarikat milik kerajaan menanggung beban liabiliti RM42 bilion?," soalnya.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

"Kalau syarikat itu saya punya dan saya bangun pagi dilaporkan bahawa ada perkara luar biasa yang berlaku dan tidak semena-mena CEO pinjam RM10 bilion, tiap bulan saya kena bayar interest RM100 juta hingga RM200 juta... saya tidak terfikir mana-mana syarikat dalam dunia tanggung beban begitu, tetapi itu berlaku di Malaysia," kata Tan Sri Muhyiddin.
Turut kelihatan dalam majlis tersebut ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
"Apa yang anda buat (dengan syarikat seperti itu)? Buang mereka! CEO ini buang! Dan panggil polis siasat!
"Ambil tindakan, jadi rakyat tengok, barulah pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab. Ambil tindakan serius. Jika tidak buat begitu ini akan jadi beban yang membawa kita jatuh ke bawah," katanya lagi.
Sementara itu, kerajaan hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Encik Arul Kanda Kandasamy, mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan dari cawangan Bank BSI di Singapura.
"Kenyataan ahli Yang Berhormat bahawa Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada Datuk Mohd. Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub) yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini hari ini. - mStar Online, Utusan Online.