Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Muhyiddin: Pelan pemulihan beri harapan baru tangani pandemik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Muhyiddin: Pelan pemulihan beri harapan baru tangani pandemik

Jun 19, 2021 | 05:30 AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan kerajaan adalah satu harapan baru sebagai pelan usaha yang bakal dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan atau tahun akan datang.

Sebagai Perdana Menteri, beliau amat bangga melihat kecekalan dan semangat juang begitu tinggi di kalangan semua pihak dan seluruh rakyat yang saling membantu serta memberikan apa sahaja yang boleh dilaksanakan untuk membela nasib rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, bukan sahaja mereka yang sakit atau barisan hadapan yang berjuang siang malam tidak henti-henti, bahkan rakyat jelata seluruhnya membantu mereka yang miskin terkesan dengan masalah pandemik ketika ekonomi agak teruk.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan telah dan akan melakukan apa sahaja kerana sistem kesihatan awam masih kekal tegak berdiri dan belum runtuh.

"Usaha yang telah diberikan kerajaan dan bantuan pelbagai pihak serta sumbangan daripada pihak-pihak badan sukarela seluruh negara, maka hari ini kita telah memulakan fasa pertama melalui proses pemulihan negara," katanya.

Beliau berucap selepas menyertai Program Mega Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berselawat yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1, pagi semalam.

Selain pemimpin-pemimpin negara, ribuan rakyat dan pesakit yang dirawat di PKRC turut menyertai selawat dan doa bagi memohon pertolongan kepada Allah agar negara dapat keluar daripada wabak itu.

Tan Sri Muhyiddin berkata, pastinya dengan doa memohon kepada Allah, semua mengharapkan segala apa yang dilakukan akan mendapat barakah dan syafaat serta memberikan semangat dan dorongan untuk mengharungi cabaran besar yang telah dan sedang dihadapi.

Menurut Perdana Menteri, pada masa sama, ia boleh memberikan kekuatan dan semangat baru, keimanan yang lebih teguh kepercayaan kepada kuasa Allah.

"Dengan usaha dan doa yang telah kita sampaikan tadi, maka kita mengharapkan dalam satu tempoh tidak berapa lama lagi kita akan keluar daripada wabak.

"Berkat usaha yang telah dan terus dilaksanakan kerajaan dan didokong ribuan barisan hadapan bersama pembantu badan sukarela dan ketekunan rakyat yang terjangkit Covid-19 bersama berjuang dengan usaha doktor dapat kembali pulih balik ke pangkuan masyarakat hidup seperti sedia kala.

"Pastinya doa kita akan pertingkatkan lagi semangat juang kita, jangan kita rasa lemah, jangan rasa mahu berundur atau tunduk kepada apa-apa cabaran berat yang sudah pun dihadapi negara," katanya.

Program PKRC Berselawat Bersama Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia yang diadakan secara maya bagi memohon kesejahteraan warga di serta seluruh rakyat yang kini berjuang melawan pandemik Covid-19.

Bacaan selawat dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra Ikmal Zaidi Mohd Hashim bersama dua qari Ahmad Tarmizi Ali dan Amir Rahman Abbas di Kompleks Islam Putrajaya.

Perdana Menteri yang mengikuti program itu di Jabatan Perdana Menteri turut disertai ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta rakyat Malaysia termasuk warga di PKRC seluruh negara secara maya yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV.

Turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Bacaan selawat itu kemudian diakhiri dengan doa keselamatan oleh Ikmal Zaidi yang antara lain memohon Allah swt memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada segala penyakit berbahaya serta mendoakan kesejahteraan dan kestabilan negara. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3