Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin: Perikatan Nasional tanding semua kerusi di Melaka

Pilihan Raya Negeri di Melaka diadakan pada 20 November ini; hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November ini
Oct 22, 2021 | 08:05 PM



TANGKAK (Johor): Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada November ini.



Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan dalam kalangan parti PN termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan GERAKAN akan diadakan segera untuk memastikan kemenangan gabungan itu dalam PRN nanti.



"Kita menjangkakan keputusan Umno enggan bekerjasama namun mengambil pendekatan berhemah untuk menunggu parti itu untuk menyatakan pendirian.



"Ia termasuk keputusan sama ada sedia bekerjasama bagi mengelak pertembungan pada PRN Melaka," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pimpinan Tempatan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, hari ini. 



Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi mana-mana pilihan raya.



Tan Sri Muhyiddin berkata, beliau menjangkakan perkara berkenaan (Umno enggan bekerjasama) namun tetap menunggu pengesahan daripada mereka.



"Sekarang mereka mengesahkan tidak berbuat demikian dan itu fakta. Saya sudah maklumkan di Melaka, kita bersedia hadapi apa saja bentuk pertandingan sama ada secara dua, tiga atau empat (penjuru) itu tidak menjadi masalah bagi PN.



"Sebab itu semalam saya gesa segerakan rundingan antara parti dalam PN. Pada dasarnya mereka bersetuju bertanding di 28 kerusi DUN. Kita bahagikan mengikut situasi dan keadaan serta diharapkan PN dapat mencapai kejayaan," katanya.



Sementara itu, ketika di tanya mengenai kewajaran untuk menangguh PRN Melaka berikutan berlaku peningkatan kes di Melaka, ADUN Gambir itu berkata PRN Melaka perlu diteruskan.



"Ini adalah fakta dan dalam Perlembagaan perkara itu tidak dapat ditangguhkan lagi. Yang di-Pertua Negeri memutuskan untuk membubarkan DUN dan dinyatakan dalam Perlembagaan kita perlu mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari.



"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan tarikh dan ia perlu segera mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penyebaran jangkitan Covid-19 ketika pilihan raya berlangsung," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >