Muhyiddin: PKP akan dilonggarkan bila kes harian kurang 4,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin: PKP akan dilonggarkan bila kes harian kurang 4,000

Jun 15, 2021 | 6:23 PM

Muhyiddin: PKP akan dilonggarkan bila kes harian kurang 4,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perjalanan rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak akan dibenarkan semasa fasa dua di Malaysia, yang hanya akan bermula apabila 10 peratus penduduk menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 mereka. - Foto AFP
Perjalanan rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak akan dibenarkan semasa fasa dua di Malaysia, yang hanya akan bermula apabila 10 peratus penduduk menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 mereka. - Foto AFP -

PETALING JAYA: Sekatan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh yang dikuatkuasa sejak Jun akan dilonggarkan jika kes harian turun ke bawah paras 4,000 kata Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perutusannya kepada rakyat, beliau menyentuh Pelan Pemulihan Nasional dan berkata, fasa dua PKP, yang akan melihat ekonomi dibuka semula secara berfasa, akan membolehkan 80 peratus tenaga kerja kembali ke tempat kerja.

Fasa dua akan bermula apabila 10 peratus penduduk menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 mereka.

"Fasa dua merupakan sambungan daripada fasa satu di mana aktiviti sosial dan sekatan pergerakan dikawal," katanya.

Namun, beliau menegaskan perjalanan rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak akan dibenarkan semasa fasa dua.

Tan Sri Muhyiddin juga berkata, hanya sektor yang tersenarai akan dibenarkan beroperasi, sementara sektor yang tidak tersenarai masih perlu ditutup.

"Senarai positif daripada fasa satu juga akan ditambah semasa fasa dua dengan memperbaiki beberapa sektor," katanya.

Antaranya, industri pembuatan, seperti pembikinan semen, akan ditambah kepada senarai positif itu untuk memastikan kesinambungan kerja pembinaan yang dibenarkan, serta penjualan barang elektronik dan komputer bagi mereka yang bekerja dari rumah. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg