Topic followed successfully
Go to BHkuMuhyiddin pula kritik motif perhimpunan
Premium
Muhyiddin pula kritik motif perhimpunan
Timbalan Presiden Umno: Tidak wajar Hari Malaysia dicemar acara berbaur perkauman
Sep 17, 2015 | 5:30 AM
Muhyiddin pula kritik motif perhimpunan

-
KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun hari pembentukan Malaysia tidak sepatutnya dicemari perarakan atau perhimpunan yang boleh dianggap bersifat perkauman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas perhimpunan baju merah yang diadakan semalam.
Timbalan Presiden Umno itu berkata mereka yang benar-benar hendak memperjuangkan maruah Melayu harus menggunakan saluran yang betul melalui parti itu yang menerajui kerajaan, bukan dengan cara membangkitkan sentimen perkauman.

