Topik diikuti
Pergi ke BHkuMuhyiddin: Saya ahli Umno 'totok'
Premium
Muhyiddin: Saya ahli Umno 'totok'
Sep 11, 2015 | 5:30 AM
Muhyiddin: Saya ahli Umno 'totok'

TETAP SETIA DENGAN UMNO: Datuk Seri Najib (dua dari kiri) bersalaman dengan Tan Sri Muhyiddin selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat Umno kelmarin. Turut sama dalam mesyuarat itu adalah Datuk Seri Shafie (kiri). - Foto AFP -
KUALA LUMPUR: Selepas terjawabnya spekulasi yang berakhir dengan tiada pemecatan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau ahli Umno yang "totok", atau membawa maksud sangat setia.
Katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti petang kelmarin, tiada apa-apa yang lain daripada kebiasaan berlaku dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak itu.
