Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin sujud syukur setelah dilantik PM Malaysia ke-8

Feb 29, 2020 | 7:51 PM
Tan Seri Muhyiddin, 72 tahun, dilihat menzahirkan rasa syukur di kediamannya selepas pelantikan tersebut.
Tan Seri Muhyiddin, 72 tahun, dilihat menzahirkan rasa syukur di kediamannya selepas pelantikan tersebut. - Foto Ihsan Pembaca Astroawani.com

Bakal perdana menteri Malaysia yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilihat melakukan sujud syukur sebaik sahaja dimaklumkan mengenai pelantikannya itu, petang tadi (29 Februari).

Menurut laporan astroawani.com, satu video selama 51 saat menunjukkan Tan Sri Muhyiddin, 72 tahun, menzahirkan rasa syukur dan menadah tangan di atas pelantikan tersebut di kediamannya di Bukit Damansara.

Awal dari itu, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'yatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melantik presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sebagai perdana menteri kelapan, selepas berpandangan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Pengumuman itu juga mengejutkan kerana sebelum itu, Perdana Menteri sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menawarkan diri semula menjadi calon perdana menteri, selepas menerima sokongan.

Memberitahu para wartawan di luar rumahnya, Tan Sri Muhyiddin berkata:

"Saya hanya berharap semua warga Malaysia akan menerima keputusan yang diumumkan Istana hari ini.

"Terima kasih. Mari kita berdoa agar berjaya mencapai masa depan Malaysia yang lebih cerah dan gemilang."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg