Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin 'suspek' kes dana bantuan Covid, Jana Wibawa

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



  •  Disahkan sumber badan cegah rasuah M'sia, SPRM, menurut laporan akhbar 

  • Susuli kenyataan bekas PM M'sia itu yang berkata beliau bukan suspek apabila dipanggil

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad mengesahkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa.



Projek itu merupakan inisiatif Kementerian Kewangan membantu kontraktor bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19.



Sumber SPRM berkata, dalam siasatan SPRM, Tan Sri Muhyiddin adalah suspek siasatan ketika beliau dipanggil memberi keterangan di SPRM.



Menurut sumber, selaku suspek, Tan Sri Muhyiddin tidak sepatutnya memberi ulasan berunsur spekulasi kerana perkara itu boleh mengganggu siasatan SPRM, lapor Berita Harian Malaysia.



Namun semasa bercakap kepada media pada Sabtu selepas melancarkan kempen derma darah, Tan Sri Muhyiddin berkata:



"Saya memaklumkan kepada SPRM bahawa saya tidak bersalah, dan mereka nampaknya berpuas hati; Saya harap perkara ini tidak dibangkitkan lagi."



Tan Sri Muhyiddin berkata soalan yang dibangkitkan mengenai projek berkenaan adalah satu lagi percubaan untuk memfitnahnya.



"Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah meneliti perolehan vaksin Covid-19, tetapi kini ada pihak yang berhasrat untuk meneruskan dan cuba mengaitkan nama saya dengan rasuah.



"Saya tidak mengambil walaupun satu sen," katanya.



Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 50 tahun penglibatan dalam kerajaan.



Ketika ini, siasatan juga sedang dijalankan terhadap beberapa individu termasuk bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.



"Tengku Zafrul juga akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," kata sumber itu hari ini.



Pada 16 Februari, Tan Sri Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), memaklumkan SPRM memanggil beliau untuk memberi kenyataan, bukan sebagai suspek dalam projek Jana Wibawa.



Menurutnya, beliau memberikan kerjasama yang baik ketika memberi kenyataan dan SPRM juga menjalankan tugas mereka dengan baik.



Begitupun, beliau menegaskan pasukan peguamnya sedang meneliti tindakan undang-undang terhadap beberapa tuduhan yang dilemparkan kepadanya.



Tan Sri Muhyiddin dilaporkan berkata, keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih bawah projek berkenaan, yang didakwa pihak tertentu bahawa berkemungkinan wujud tatacara perolehan tidak mengikut peraturan ditetapkan.



Sebagai pengerusi Perikatan Nasional, beliau berkata: "Saya tahu ini adalah muslihat politik supaya rakyat marah dan menganggap saya sebagai pencuri, pembohong, dan saya telah menyalahgunakan kuasa saya."



Mereka yang menderma kepada dana Bersatu adalah orang yang telah menyokong perjuangan politik parti dan percaya dengan apa yang diperjuangkan oleh Perikatan, katanya.



Ia tiada kaitan dengan Jana Wibawa, tambahnya.



Pada minggu lalu, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengarahkan projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Datuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata penangguhan projek membabitkan nilai RM5.7 bilion itu kerana terdapat unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus.



"Projek itu telah diberikan surat setuju terima (SST), dasar Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selaku Menteri Kewangan ialah bagi melihat semula sama ada tatacara perolehan dan tata kelola sesuatu perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut peraturan ditetapkan," katanya ketika sidang media di Bangunan Parlimen, pada Rabu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >