Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin tetap yakin miliki sokongan majoriti

Sekitar 31 ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) lahir sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN)
Aug 07, 2021 | 05:30 AM



PAGOH: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan kesediaannya berdepan sebarang kemungkinan pada sidang Parlimen bulan depan, dan tetap melahirkan keyakinan masih memiliki sokongan majoriti.



Menurutnya, beliau tidak gentar untuk berdepan usul undi percaya kepada Perdana Menteri seperti dilakukan sebelum ini.



"Penentuan membuktikan keabsahan kedudukan saya dibuat bulan depan kerana ia dipersetujui dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong dalam sesi menghadap baru-baru ini.



"Saya yakin sehingga hari ini, walaupun ada pengumuman dibuat pihak tertentu yang kononnya tidak menyokong saya, mungkin depan macam itu tapi di belakang mungkin tak tahu.



"Ini masalah politik (yang) ramai pihak keliru. Jadi nak selesaikan perkara itu kita bawa ke Parlimen, saya mesti hadapi apa pun kemungkinan.



"Saya tak takut dan bimbang tapi saya yakin (memiliki majoriti)," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Sumbangan Makanan Basah kepada Penghulu Parlimen Pagoh, Johor, semalam.



Kenyataan beliau diperkuatkan lagi dengan sokongan 31 ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) semalam, yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Ketika mengumumkan pendirian itu, mereka juga menyokong supaya keabsahan kerajaan PN dan kepemimpinan Perdana Menteri Muhyiddin ditentukan semasa sidang parlimen bulan depan.



Ini dinyatakan dalam sidang media dihadiri 21 ahli parlimen Umno dan BN, diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Seramai 10 lagi Ahli Parlimen Umno, BN yang bersetuju mengambil pendirian sama, tidak hadir ketika sidang media terbabit.



Berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong, katanya, semua ahli parlimen boleh menentukan sendiri pendirian masing-masing sama ada menyokong atau tidak usul percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat bulan depan.



"Kami ahli parlimen yang setia kepada Yang di-Pertuan Agong akan patuh kepada titah baginda, dan apa jua perkara yang nak diselesaikan perlu dilakukan di parlimen.



"Ini jelas bahawa pihak istana tidak lagi menerima akuan bersumpah atau surat sokongan. Jelas bahawa kenyataan Presiden Umno yang mengatakan akan menghantar surat akuan (menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri), adalah bertentangan dengan perkenan dan keputusan dibuat Yang di-Pertuan Agong," katanya.



Selain Datuk Seri Ismail Sabri, 17 lagi ahli parlimen yang hadir adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Datuk Seri Idris Jusoh (Besut); Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak); Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin); Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).



Selain itu, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau); Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis); Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (Maran); Mohd Shahar Abdullah (Payar Besar); Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar); Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas); Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu); Datuk Salim Sharif (Jempol); Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri M Saravanan (Tapah).



Tiga ahli parlimen yang menandatangani pendirian berkenaan namun tidak hadir adalah Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin).



Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, 10 lagi ahli parlimen yang tidak hadir turut bersetuju dengan pendirian berkenaan, iaitu Encik Khairy Jamaluddin (Rembau); Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara); Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas); Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong).



Selain itu, Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan); Datuk Mohamad Alamin (Kimanis); Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar); Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Tanjung Piai).



Datuk Seri Ismail Sabri berkata, tindakan meninggalkan kerajaan (PN) secara tergesa-gesa dan menumbangkan kerajaan sedia ada ketika ancaman Covid-19 adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.



Justeru, Datuk Seri Ismail Sabri mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan parti dan membebankan rakyat. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >