Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin tidak mahu cakap soal politik sedang rakyat terhimpit dek Covid-19

Oct 30, 2020 | 6:39 PM
TUMPUAN PENUH PADA BELA KEBAJIKAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui jarang mengulas mengenai isu politik sejak menjadi Perdana Menteri berikutan mahu menumpukan perhatian pada isu membela kebajikan dan membantu rakyat berdepan dengan wabak Covid-19. - Foto FAIL
TUMPUAN PENUH PADA BELA KEBAJIKAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui jarang mengulas mengenai isu politik sejak menjadi Perdana Menteri berikutan mahu menumpukan perhatian pada isu membela kebajikan dan membantu rakyat berdepan dengan wabak Covid-19. - Foto FAIL -

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui jarang mengulas mengenai isu politik sejak menjadi Perdana Menteri, berikutan mahu memberi tumpuan penuh terhadap isu membela kebajikan dan membantu rakyat berdepan wabak COVID-19.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak melihat keperluan mengeluarkan kenyataan politik ketika rakyat terhimpit dan dibebani impak ekonomi berikutan pandemik itu, lapor laman media Berita Harian Malaysia

"Sejak jadi Perdana Menteri, saya memang tidak mahu cakap soal politik, jika saya cakap soal politik rakyat akan marah pada saya.

"Rakyat sibuk dengan hal Covid-19 sehingga ada yang berkata 'kami susah, dia (ahli politik) duduk sibuk cakap soal politik tak habis-habis'.

"Siapa nak jadi Perdana Menterilah, siapa nak jadi Timbalan Perdana Menterilah, siapa nak jadi ketua bahagian.

"Masyarakat hari ini sudah meluat, sebab itu saya elak buat pelbagai kenyataan politik... bukan saya tidak tahu, saya sudah hampir 40 tahun dalam politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Ahli Parlimen Pagoh bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh, di Kompleks Sukan Pagoh, dekat sini, hari ini (30 Okt). Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pagoh. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg