Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Muhyiddin yakin hubungan M'sia-SG dapat diperkukuh di bawah PM baru

Aug 27, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Hubungan antara Malaysia dan Singapura dijangka dapat diperkukuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Menyatakan demikian, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau menerima satu panggilan telefon daripada Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, yang menanyakan mengenai perkembangan terbaru beliau setelah tidak lagi memegang jawatan perdana menteri.



"Saya yakin bahawa hubungan Malaysia-Singapura yang baik akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.



"Encik Lee juga memberi jaminan bahawa langkah-langkah untuk memperkukuh hubungan dua hala antara dua negara kita akan terus dipertingkat," kata beliau dalam satu pos Facebook semalam.



"Encik Lee juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas hubungan baik dan kerjasama yang telah kami jalinkan selama tempoh lebih satu tahun ketika kami menjadi rakan sejawat dan berdoa agar saya dapat terus berperanan dalam aspek hubungan dua hala antara dua negara ini," kata Tan Sri Muhyiddin.



Memberi respons kepada pertanyaan media, setiausaha akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin, turut mengesahkan bahawa Encik Lee bercakap bersama Tan Sri Muhyiddin awal semalam.



Semasa perbualan telefon itu, Encik Lee dan mantan perdana menteri Malaysia itu bercakap mengenai hubungan erat dan kerjasama kuat antara dua negara itu.



Encik Lee juga mendoakan yang terbaik buat Tan Sri Muhyiddin untuk masa depan.



Datuk Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia pada 21 Ogos.



Ini selepas Tan Sri Muhyiddin, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), meletak jawatan pada 16 Ogos setelah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat (Parlimen).



Datuk Ismail Sabri, 61 tahun, adalah naib presiden Umno dan mendapat sokongan bagi jawatan perdana menteri daripada 114 daripada 220 Anggota Parlimen (AP).



Secara peribadi, Tan Sri Muhyiddin melahirkan penghargaannya terhadap persahabatan peribadi mereka yang ditunjukkan oleh Encik Lee, bukan baru-baru ini sahaja bahkan sejak dua pemimpin itu mengenali satu sama lain sejak dulu.



"Saya masih ingat pertemuan bersemuka kami di tengah Tambak Johor pada Julai tahun lalu, tidak lama selepas saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, sementara Encik Lee sendiri baru saja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura sekali lagi," ujar Tan Sri Muhyiddin.



"Saya berdoa agar (Encik) Lee diberi kesihatan yang baik agar dapat memudahkan pemerintahan Singapura dengan lancar," tambah beliau.



Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin mengatakan beliau akan terus memimpin gabungan Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya umum ke-15, walaupun beliau tidak lagi menjadi perdana menteri. - The Star.




"Saya yakin bahawa hubungan Malaysia-Singapura yang baik akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Encik Lee juga memberi jaminan bahawa langkah-langkah untuk memperkukuh hubungan dua hala antara dua negara kita akan terus dipertingkat."
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu pos Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >