Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhyiddin Yassin didakwa salah guna kuasa

Mar 10, 2023 | 11:46 AM
Mantan perdana menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac.
Mantan perdana menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac. -

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa atas empat kesalahan menyalah guna kuasa melibatkan RM232.5 juta ($69.6 juta) di Mahkamah Sesi Kuala Lumpur pada Jumaat, atas projek-projek yang diberi di bawah program kerajaan beliau.

Menurut akhbar The Straits Times, Tan Sri Muhyiddin juga didakwa dengan dua kesalahan menggelapkan wang melibatkan RM195 juta.

Tuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi, di mana Tan Sri Muhyiddin minta dibicarakan.

Ikat jamin ditetapkan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin, dan paspot antarabangsa mantan perdana menteri itu ditahan sehingga kesnya selesai.

Tan Sri Muhyiddin yang merupakan perdana menteri Malaysia selama 17 bulan antara 2020 dengan 2021 dan ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, selepas beliau tiba di agensi tersebut bagi satu interviu menyusuli kes tersebut.

Beliau adalah mantan perdana menteri Malaysia kedua, selepas Najib Razak, yang didakwa atas kesalahan rasuah.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas salah satu tuduhan yang dikaitkan kepada dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg