Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis kecam kekerasan terhadap jemaah Al-Aqsa

May 11, 2021 | 5:30 AM
ed382937-1b47-49f3-941c-93aaa0473675
-

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) melahirkan kerisauan dan kekecewaan terhadap kekerasan yang berlaku ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis.

Dalam satu pos di Facebook semalam, Muis berkata ia mengutuk sebarang tindakan keganasan terhadap mereka yang tidak bersenjata.

"Muis mengecam sebarang tindakan keganasan terhadap penganut agama tidak bersenjata, tidak kira apa agama mereka, dan sembarang penodaan tempat ibadah.

"Sebagai umat yang mempunyai hati nurani yang percaya akan kesucian kehidupan manusia, kami berdoa keampunan dan keselamatan Allah bagi mereka yang tidak bersalah dan mengharapkan situasi dapat dipulihkan dengan tenang dan cepat," ujar Muis.

Ia menambah bahawa masjid di Singapura akan mendoa memohon keamanan pada hari-hari terakhir Ramadan.

Muis menggesa masyarakat Islam di sini supaya menyertai permohonan doa itu, sambil berkata banyak usaha bantuan oleh badan kemanusiaan antarabangsa yang masyarakat tempatan dapat memberi sumbangan.

Muis berkata ia juga bersetuju dengan pendirian Singapura menyokong penyelesaian dua negera, dengan warga Palestin dan Israel hidup bersama dalam aman dan selamat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg