Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Muka depan majalah Vogue rendahkan pencapaian Kamala Harris'

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Muka depan majalah Vogue, yang mengetengahkan Naib Presiden Dipilih, Cik Kamala Harris, dalam keadaannya yang ranggi telah menimbulkan kontroversi, dengan pengkritik menyatakan ia merendahkan pencapaian pemimpin politik itu.



Keadaan tersebut telah memaksa editor majalah berkenaan, Anna Wintour, kelmarin mempertahankan imej yang menjadi pilihan.



Kritikan meluas di media sosial tentang muka depan majalah itu meletus sejak ia diterbitkan pada Ahad lalu, dengan pengguna berkeras gambar itu tidak dirakam dengan baik, apabila Cik Harris dilihat memakai kasut kasual yang dianggap tidak menghormati wanita kulit hitam pertama dipilih sebagai naib presiden.



Foto berkenaan - dengan Cik Harris juga mengenakan jaket dan seluar jeans - dirakamkan oleh jurugambar Amerika, Tyler Mitchell, yang menjadi jurugambar kulit hitam pertama pada 2018 merakam potret penyanyi, Beyonce, bagi muka depan majalah Vogue.



Gambar inilah yang dipilih Wintour menghiasi muka depan majalah keluaran Februari, daripada potret lebih kelihatan rasmi Cik Harris, yang mengenakan pakaian berseluar Michael Kors, yang juga dirakamkan oleh Mitchell.



Menulis di akhbar Washington Post, pengkritik fesyen Robin Givhan berkata muka depan majalah itu "terlalu santai" dan tidak memberi Cik Harris "penghormatan sewajarnya".



Pengguna media sosial mengkritik pencahayaan foto dan mempersoalkan sama ada majalah itu mencerahkan kulit Cik Harris.



"Tentunya, kami mendengar dan memahami reaksi pada muka depan majalah dan saya hanya ingin mengulangi bahawa ia benar-benar bukan tujuan kami, dalam apa cara sekalipun, untuk mengurangkan penghormatan ke atas Naib Presiden Dipilih, yang meraih kemenangan yang cukup besar," kata Wintour dalam satu kenyataan kepada wartawan The New York Times, Kara Swisher.



Cik Swisher, yang menjadi hos podcast, Sway, juga menyiarkan satu wawancara yang jarang dilakukan, dengan Wintour pada Selasa lalu, sebelum berlakunya kontroversi.



Dalam wawancara itu, pengarah artistik bagi penerbit Vogue, Conde Nast, menyifatkan muka depan itu sebagai "suatu yang menceriakan dan optimistik".



"Saya tidak boleh bayangkan ada sesiapa yang benar-benar tidak melihatnya sebegitu, dan positif, dan gambaran seorang wanita yang menguasai kehidupannya dan bakal membawa kita dalam kepimpinannya sebagai naib presiden dipilih yang amat kita perlukan," kata Wintour.



Cik Harris, 56 tahun, tidak memberi reaksi terbuka tetapi sumber yang rapat dengannya menyatakan kepada media Amerika, beliau terkejut kerana gambar yang menonjolkan dirinya dalam keadaan begitu santai telah dipilih.



Kontroversi ini adalah yang terbaharu melibatkan Wintour, yang sebelum ini menyaksikan dirinya dalam keadaan tertekan semasa bantahan besar-besaran 'Black Lives Matter' (Nyawa Kulit Hitam Berharga) yang melanda seluruh Amerika pada musim panas lalu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >