Premium
Mukhriz letak jawatan MB Kedah
Feb 4, 2016 | 5:30 AM
LETAK JAWATAN: Datuk Mukhriz (duduk tengah) mengadakan sidang akhbar semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas dikatakan hilang sokongan majoriti DUN di Wisma Darul Aman semalam. - Foto NSTP -
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta selepas dikatakan hilang sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman, di sini pagi semalam, Datuk Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam berkata beliau dimaklumkan hilang sokongan majoriti DUN melalui undian sulit di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah daripada semua Adun Barisan Nasional (BN) dan pembangkang kelmarin.

