Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mumbai hadapi ancaman Taufan Nisarga; lebih 100,000 arah pindah

Jun 03, 2020 | 01:00 PM



MUMBAI: Sekurang-kurangnya 100,000 orang, termasuk beberapa pesakit koronavirus, dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat menurut para pegawai India semalam.



Ini sebagai persiapan menghadapi ribut taufan di pantai barat India, ribut pertama yang mengancam Mumbai di lebih dari 70 tahun.



Pihak berkuasa di ibu kota kewangan India itu, yang sedang berusaha untuk memerangi penularan koronavirus telah memindahkan hampir 150 pesakit Covid-19 dari sebuah hospital lapangan yang baru dibina ke sebuah kemudahan dengan bumbung konkrit sebagai langkah pencegahan, kata para pegawai.



Ketua Menteri di negeri Maharashtra, yang merupakan ibu kota Mumbai berkata, orang yang tinggal di kediaman dekat pantai harus segera dipindahkan ke tempat yang lebih selamat sebelum Taufan Nisarga membuat pendaratannya yang dijadualkan berlaku petang atau malam ini.



"Penduduk setinggan... di kawasan tanah rendah telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan," kata Encik Uddhav Thackeray dalam satu mesej yang diposkan oleh pejabatnya di Twitter.



Di daerah Palghar di Maharashtra, lebih 21,000 penduduk kampung telah diselamatkan, menurut laporan media tempatan, yang memetik pegawai sebagai berkata.



Mumbai jarang menghadapi ribut taufan - ribut teruk terakhir yang melanda bandar itu adalah pada 1948, membunuh 12 orang dan mencederakan lebih 100 orang.



Ahli meteorologi India telah memberi amaran akan hujan lebat - dengan angin antara 100 kmh dan 110 kmj dan hembusan angin hingga 120 kmh - menyebabkan kerosakan pada pondok jerami, saluran elektrik dan lonjakan ribut setinggi satu hingga dua meter yang membanjiri kawasan tanah rendah di Maharashtra. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >