Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Musim bunga, panas dorong warga Amerika, Eropah keluar rumah selepas berminggu terperap

May 18, 2020 | 02:50 PM



CUACA musim panas telah menarik sebahagian besar warga di Amerika dan Eropah  untuk keluar rumah selepas terperap selama berminggu-minggu akibat perintah sekatan bagi membendung penularan koronavirus.



Orang ramai dilihat kembali ke pantai, taman dan ke jalanan sedang gelombang panas mula melanda selatan Eropah dan suhu rendah seakan berada dalam musim bunga membolehkan warga Amerika menanggalkan jaket musim sejuk. 



Apabila mereka keluar lagi, kebanyakannya menjaga jarak dan ada yang memakai pelitup. Namun, tunjuk perasaan juga semakin membahang dari Jerman ke England ke Amerika Syarikat, menghujahkan bahawa sekatan pemerintah menyekat kebebasan peribadi dan menjejas ekonomi.



Warga Greek berbondong-bondong ke pantai pada Sabtu lalu apabila lebih dari 500 pantai dibuka kembali, bertepatan dengan suhu 34 Celsius.



Demi memastikan keselamatan kesihatan, tiang payung harus berjarak 4 meter antara satu sama lain, dengan payung peneduh tidak lebih dari 1 meter ketika negara berhati-hati dalam melindungi orang dari Covid-19 dan pada masa sama berusaha menghidupkan kembali sektor pelancongan yang kebanyakan warga bergantung sebagai mata pencarian mereka.



"Ini adalah perkara terbaik bagi kami warga tua ... untuk datang dan berehat sedikit setelah terkurung," kata Encik Yannis Tentomas, yang berusia 70-an, ketika beliau duduk di atas pasir. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >