Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Musim yang 'lebih kering daripada biasa' akan landa pertanian Indonesia tahun ini

May 5, 2020 | 4:33 PM
MUSIM KERING: Seorang wanita dilihat sedang bekerja di sawah padi di Meulaboh, Aceh pada 9 Februari 2020. - FOTO: AFP
MUSIM KERING: Seorang wanita dilihat sedang bekerja di sawah padi di Meulaboh, Aceh pada 9 Februari 2020. - FOTO: AFP -

JAKARTA: Indonesia berkemungkinan besar akan menghadapi musim kemarau yang "lebih kering daripada biasa" di beberapa wilayah pertanian pada tahun ini, kata Presiden Encik Joko Widodo pada Selasa (5 Mei).

Beliau yang juga lebih dikenali sebagai Encik Jokowi, turut menegaskan bahawa langkah berjaga-jaga harus diterapkan untuk menjamin keselamatan dan kestabilan harga makanan.

Sebanyak 30 peratus wilayah Indonesia akan menghadapi musim kering yang lebih teruk, kata Encik Joko sambil merujuk kepada agensi iklim dan cuaca nasional, BMKG.

Indonesia, merupakan negara pengeluaran minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia serta pengeksport kopi yang keempat.

"Oleh itu, kami harus bersiap sedia dengan sebaiknya supaya pekerjaan dan harga makanan tidak terjejas," kata Presiden Jokowi sebelum satu mesyuarat Kabinet pada Selasa. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg