Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mutu udara bertambah baik di negara yang kenakan sekatan dek koronavirus

Mar 22, 2020 | 3:17 PM
Mutu udara di Italy lebih baik selepas perintah berkurung dilaksanakan di negara itu untuk membendung penularan Covid-19.
Mutu udara di Italy lebih baik selepas perintah berkurung dilaksanakan di negara itu untuk membendung penularan Covid-19. - Foto REUTERS

PARIS: Mutu udara kini mencapai paras lebih baik di negara yang mengenakan sekatan untuk membendung Covid-19, menurut pakar.

Imej oleh Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika menunjukkan bahawa jumlah nitrogen dioksida (NO2) - keluaran sampingan daripada pembakaran bahan api fosil daripada kenderaan dan loji kuasa - banyak susut di Wuhan, China, bulan lalu.

Namun sedang keadaan penularan koronavirus itu bertambah baik di China, imej oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) baru-baru ini menunjukkan bahawa jumlah NO2 di negara itu kian bertambah pula.

Menurut ESA, mutu udara di Italy yang kini melaksanakan perintah berkurung juga lebih baik.

Mutu udara lebih baik turut dilaporkan di Barcelona dan Madrid di Sepanyol, yang dikenakan sekatan serupa, menurut Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA).

Pakar juga kini sedang meninjau sama ada trend serupa juga dapat dilihat di negara dan wilayah lain yang merupakan sekatan serupa dek Covid-19 termasuk Argentina, Bavaria, Belgium, California, Perancis dan Tunisia. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg