SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Myanmar, Bangladesh akur kerjasama hantar balik pelarian Rohingya

Myanmar, Bangladesh akur kerjasama hantar balik pelarian Rohingya

Oct 25, 2017 | 1:50 PM

Myanmar, Bangladesh akur kerjasama hantar balik pelarian Rohingya

Pelarian Rohingya berehat selepas menyeberang ke Bangladesh dari Myanmar di kem pelarian Kutupalong di daerah Ukhia di Bangladeshi.
Pelarian Rohingya berehat selepas menyeberang ke Bangladesh dari Myanmar di kem pelarian Kutupalong di daerah Ukhia di Bangladeshi. - Foto AFP

NAYPYITAW: Myanmar dan Bangladesh bersetuju semalam untuk bekerjasama menghantar balik pelarian Rohingya dan mengambil langkah bagi mempertingkat keselamatan sempadan, sedang hubungan antara dua negara jiran itu semakin tegang ekoran pelarian kaum minoriti Muslim itu bertali arus memasuki Bangladesh.

Lebih 600,000 orang Rohingya dari wilayah utara Rakhine telah melarikan diri ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu, apabila pasukan keselamatan Myanmar mencetuskan kempen ketenteraan teruk terhadap kampung Rohingya.

Semasa satu mesyuarat di ibu kota Myanmar, Naypyitaw, yang dihadiri menteri dalam negeri Myanmar, Leftenan Jeneral Kyaw Swe, dan rakan sejawatannya dari Bangladesh, Encik Asaduzzaman Khan, dua negara itu menandatangani dua persetujuan merangkumi kerjasama keselamatan dan sempadan.

Dua pihak itu juga bersetuju "menghentikan kemasukan penduduk Myanmar ke Bangladesh" dan "membentuk sebuah kumpulan kerja bersama", kata Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri Myanmar, Encik Tin Myint, kepada media selepas mesyuarat itu. - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg