Myanmar bina kemudahan keselamatan di kampung Rohingya yang terbakar
Premium
Myanmar bina kemudahan keselamatan di kampung Rohingya yang terbakar
Mar 13, 2018 | 5:30 AM
HAMPIR SEMUA MUSNAH: Pandangan dari udara sebuah kampung Rohingya berhampiran Maungdaw di negeri Rakhine, Myanmar, yang dibakar pada 12 November 2017 - Foto REUTERS -
YANGON: Myanmar sedang membina kemudahan keselamatan di kampung-kampung orang Rohingya yang telah dibakar, kata badan hak asasi Amnesty International semalam, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai rancangan negara itu menerima balik kepulangan ratusan ribu pelarian Rohingya.
Hampir 700,000 Muslim Rohingya melarikan diri dari Rakhine, negeri di utara Myanmar, ke Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan serangan keras terhadap pemberontak enam bulan lalu, dalam tindakan yang disifatkan Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penghapusan kaum.

