Topik diikuti
Pergi ke BHkuMyanmar kerah askar baiki kuil rosak dalam kejadian gempa

BERSIHKAN PUING-PUING: Askar Myanmar mengutip serpihan batu di Kuil Htilominlo selepas gempa bumi melanda Bagan, di kawasan tengah negara itu semalam. Angkatan tentera telah dikerahkan bagi melindungi tapak bersejarah itu. - Foto AFP
Aug 26, 2016 | 5:30 AM
Myanmar kerah askar baiki kuil rosak dalam kejadian gempa
BAGAN/YANGON (Myanmar): Myanmar menghantar berpuluh-puluh trak tentera dan skuadron polis bagi melindungi dan membangunkan semula pagoda di bandar purba Bagan, sehari selepas sekurang-kurangnya 187 kuil rosak apabila gempa bumi kuat melanda semalam.
Gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter yang melanda tengah Myanmar itu membunuh sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk dua kanak-kanak.