Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Myanmar kini sumber candu terbesar di dunia: PBB

Dec 12, 2023 | 02:59 PM



BANGKOK: Myanmar telah menjadi sumber candu terbesar di dunia, hasil daripada keadaan tidak stabil di dalam negara itu, dan berkurangnya tanaman sumber tersebut di Afghanistan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan pada 12 Disember.


Penurunan 95 peratus dalam penanaman candu di Afghanistan, selepas pengharaman dadah oleh Taleban pada 2022, telah menyaksikan bekalan global beralih ke Myanmar.

Keadaan politik yang tidak stabil di negara itu, diburukkan lagi oleh suasana sosial dan ekonomi berikutan rampasan kuasa 2021, mendorong ramai untuk menanam popi, menurut laporan PBB mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Petani Myanmar kini memperoleh pendapatan kira-kira 75 peratus daripada penanaman popi candu kerana harga purata bunga itu telah mencecah kira-kira $355 sekilogram.

Sementara kawasan penanaman pula telah meningkat sebanyak 18 peratus tahun ke tahun, daripada 40,100 hektar kepada 47,000 hektar.

Ini meningkatkan potensi hasil pendapatan, mencapai tahap tertinggi sejak 2001, kata UNODC.

“Gangguan ekonomi, keselamatan dan tadbir urus, berikutan pengambilalihan tentera pada Februari 2021, terus mendorong petani di kawasan terpencil ke arah menanam candu untuk mencari rezeki,” kata Wakil Wilayah UNODC, Encik Jeremy Douglas, dipetik agensi berita Reuters.


Kawasan penanaman candu berkembang paling banyak di kawasan sempadan Myanmar di utara Negeri Shan, diikuti oleh negeri Chin dan Kachin.

Hasil tanaman meningkat sebanyak 16 peratus kepada 22.9 kilogram sehektar kerana amalan pertanian yang lebih canggih, menurut laporan UNODC itu lagi.

Lonjakan dalam pertempuran antara tentera Myanmar dan kumpulan etnik minoriti bersenjata, kemungkinan besar akan mempercepatkan pengembangan penanaman candu, kata Encik Douglas.

Junta Myanmar tidak menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.


Peluasan penanaman candu menyumbang kepada ekonomi haram yang semakin meningkat di Myanmar, merangkumi tahap pengeluaran dan pengedaran dadah sintetik yang tinggi, serta kegiatan jenayah lain – iaitu daripada pengubahan wang haram kepada pusat penipuan dalam talian yang dikendalikan oleh kumpulan jenayah terancang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >