Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Myanmar tarik balik sekatan Internet di Rakhine, Chin

Sep 2, 2019 | 11:37 AM
SEKATAN INTERNET DITARIK BALIK: Sekatan terhadap perkhidmatan Internet di negeri Rakhine dan Chin, Myanmar, ditarik balik, di tengah-tengah rundingan damai yang bertujuan untuk menamatkan pertempuran di kawasan itu. -Foto EPA.
SEKATAN INTERNET DITARIK BALIK: Sekatan terhadap perkhidmatan Internet di negeri Rakhine dan Chin, Myanmar, ditarik balik, di tengah-tengah rundingan damai yang bertujuan untuk menamatkan pertempuran di kawasan itu. -Foto EPA. -

YANGON - Myanmar telah menarik balik sekatan terhadap Internet yang diletakkan ke atas dua negeri baratnya, di mana tentera pemerintah sedang memerangi pemberontak etnik, kata pengendali telekom utama Myanmar, pada Ahad (1 Sept).

Usaha dilalukan di tengah-tengah rundingan damai yang bertujuan untuk menamatkan pertempuran di kawasan itu.

Pengendali telefon bimbit dari Norway, Telenor Group, yang juga antara pengendali telekom utama di Myanmar, berkata kementerian pengangkutan dan komunikasi Myanmar telah menarik balik sekatan tersebut, yang dikenakan sejak 21 Jun lalu, di lima bandar di wilayah Rakhine dan Chin pada tengah malam.

"Kebebasan bersuara melalui akses kepada perkhidmatan telekom harus dikekalkan untuk tujuan kemanusiaan, terutama semasa konflik," kata Telenor Group dalam satu kenyataan.

Negeri Rakhine menarik perhatian sedunia selepas hampir 730,000 orang Islam Rohingya melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh, pada 2017, berikutan serangan tentera sebagai tindak balas terhadap serangan militan.

Baru-baru ini, orang awam menjadi mangsa pertempuran antara tentera pemerintah dan Tentara Arakan, satu kumpulan pemberontak yang melatih penduduk etnik Rakhine yang beragama Buddha dalam perjuangan mendapat autonomi yang lebih luas bagi negeri itu.

Encik Tun Aung Kyaw, setiausaha parti politik terbesar Rakhine, Parti Nasional Arakan, berkata sekatan terhadap Internet telah ditarik balik di empat bandar Rakhine iaitu Buthidaung, Maungdaw, Rathedaung dan Myebon, dan satu bandar di negeri Chin.

"Pemulihan Internet mungkin disebabkan oleh rundingan damai antara tentera pemerintah dan kumpulan etnik bersenjata," kata Encik Tun.

"Kami berharap rundingan damai antara kededua pihak berjalan dengan lancar, supaya perkhidmatan Internet boleh dipulih semula di semua bandar," tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg