Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS nafi lancar serangan baru ke atas Houthi di Yaman

Jan 15, 2024 | 02:52 PM



HODEIDA (Yaman): Amerika Syarikat menafikan laporan bahawa ia telah melakukan serangan baru ke atas sasaran pemberontak Houthi di Yaman pada 14 Januari.


Media Houthi berkata Amerika dan Britiain telah menyerang wilayah Hodeida yang dikuasai pemberontak, tetapi seorang pegawai pertahanan Amerika yang tidak mahu namanya disiarkan berkata: “Tiada serangan oleh Amerika atau gabungan berlaku hari ini (14 Januari)”.

Laman web berita Ansar Allah, yang dikendalikan oleh kumpulan pemberontak itu, sebelum ini berkata bahawa “serangan udara daripada pencerobohan Amerika-Britain melanda Hodeida”.


Laman web itu memetik sumber keselamatan sebagai berkata, serangan melanda kawasan Jabal Jada di daerah Al-Luhaya di wilayah Hodeida, di pantai Laut Merah Yaman.

Pada 12 Januari, tentera Amerika dan Britain berkata bahawa mereka menyerang beberapa sasaran pemberontak di seluruh Yaman, meningkatkan kebimbangan bahawa perang Israel dengan militan Hamas Palestin boleh merebak ke rantau itu.

Serangan tersebut dibuat sebagai tindak balas terhadap serangan Houthi ke atas kapal-kapal komersial di Laut Merah yang mereka katakan ada kaitan dengan Israel.

Pemberontak Houthi berkata mereka bertindak sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza yang menyaksikan pertempuran militan Hamas dengan tentera Israel selama lebih tiga bulan – bermula pada 7 Oktober.

Dalam perang tersebut, Hamas telah menyerang selatan Israel – membunuh sekitar 1,200 orang dan menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Tentera Amerika berkata ia telah melakukan serangan “susulan” terhadap tapak radar Houthi pada lewat 12 Januari, berikutan serangan pada awal hari yang sama terhadap kemudahan tentera pemberontak.

Serangan tersebut adalah yang pertama terhadap kumpulan yang disokong Iran itu sejak ia mula menyasarkan perkapalan antarabangsa di Laut Merah akhir tahun 2023.

Dalam serangan udara tu, Amerika dan Britain dikatakan menggunakan jet pejuang dan peluru berpandu Tomahawk, kata beberapa media Amerika.

Rumah Putih dalam satu kenyataan minggu lalu memetik Presiden Amerika, Encik Joe Biden, sebagai berkata: “Serangan Houthi telah membahayakan kakitangan Amerika, pelaut awam dan rakan kongsi kami... menjejaskan perdagangan serta mengancam kebebasan pelayaran.”

Encik Biden berkata bahawa beliau “tidak akan teragak-agak” untuk mengarahkan langkah selanjutnya demi melindungi orang ramai dan aliran bebas perdagangan.

Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, pula berkata tentera laut negaranya akan terus melakukan rondaan di Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi berbilang negara untuk mengekang serangan Houthi di laluan perkapalan antarabangsa yang penting itu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >