Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Nahas kereta api Taiwan: Pendakwa raya mahu waran tangkapan bagi suspek

Apr 04, 2021 | 05:30 AM



HUALIEN (TAIWAN): Pendakwa raya di Taiwan inginkan waran tangkapan dikeluarkan terhadap pengurus tapak pembinaan yang traknya dipercayai menyebabkan kemalangan kereta api yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang.



Pasukan penyelamat mula mengeluarkan gerabak kereta api yang hancur selepas kemalangan itu, yang merupakan kejadian kereta api terburuk di Taiwan sejak lebih tiga dekad lalu.



Para penduduk di Taiwan berkabung dan bendera dikibarkan setengah tiang sedang penyelamat mengeluarkan lebih banyak mayat dari tempat kejadian.



Para pegawai menyatakan kejadian itu berlaku apabila kenderaan penyelenggaraan kereta api yang diletakkan di tepi trek kereta api tergelincir hingga ke trek tersebut.



Sebuah kereta api yang mempunyai 500 orang kemudian melanggar trak itu ketika memasuki terowong sempit berhampiran bandar Hualien.



Kereta api itu, yang menuju ke Taitung, tergelincir dalam satu terowong di utara Hualien, menyebabkan beberapa gerabak merempuh dinding terowong tersebut, kata pihak bomba dalam satu kenyataan.



Menurut laporan media, kejadian itu merupakan nahas kereta api terburuk di pulau tersebut dalam tempoh lebih tiga dekad.



Menteri Jabatan Undang-Undang bagi Ehwal Pendakwa Raya Taiwan, Pengarah Jeneral Encik Lin Jinn-tsun menyatakan bahawa pihak pendakwa raya telah memohon kepada mahkamah untuk menangkap pengurus itu yang menyebabkan kematian.



Encik Yu Hsiu-duan, ketua pejabat pendakwa raya Hualien, memberitahu wartawan bahawa pendakwa raya berada di tempat kejadian untuk mengumpulkan bukti.



Penyelamat menyatakan gerabak kereta api nombor lapan adalah paling teruk terjejas kerana banyak mangsa yang maut.



"Lebih separuh gerabak itu terbelah dua dan mangsa-mangsa yang maut tertindih satu sama lain," ujar seorang pekerja penyelamat, Encik Chang Zi-chan.



Kementerian Dalam Negeri di Taiwan memerintahkan agar semua bendera dikibarkan setengah tiang selama tiga hari.



Presiden Taiwan Cik Tsai Ing-wen melawat mereka yang cedera di beberapa hospital di sana dan mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan kumpulan bukan pemerintah yang ke hadapan untuk turut membantu. Kemalangan itu berlaku pada cuti panjang hujung minggu Pesta Qing Ming, atau perayaan tradisional membersihkan kubur bagi masyarakat Cina.



Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga yang terjejas.



Sejauh ini, tiada laporan tentang warga Singapura yang terlibat dalam kemalangan itu. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >