Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas MH17: Penyiasat akan keluarkan dapatan awal

Sep 28, 2016 | 12:03 PM
Serpihan dari pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang terhempas berhampiran sebuahb kampung di Rozsypne di rantau Donetsk 18 Jul 2014.
Serpihan dari pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang terhempas berhampiran sebuahb kampung di Rozsypne di rantau Donetsk 18 Jul 2014. - GAMBAR REUTERS

THE HAGUE: Pasukan penyiasat jenayah antarabangsa yang diketuai Belanda akan menyiarkan pada Rabu (28 Sept) dapatan awal siasatannya ke atas nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Dapatan awal itu dijangka memberi penjelasan dengan tepat mengenai jenis peluru berpandu BUK yang yang melanda pesawat Boeing 777 itu di udara pada 17 Julai 2014, membunuh semua 298 orang di atasnya, termasuk 196 rakyat Belanda.

Ia juga dijangka menunjukkan dengan tepat tempat peluru berpandu buatan Russia itu dilancar dari timur Ukraine, medan perang antara Kiev dan pemisah pro-Russia sejak April 2014.

Namun, pihak pendakwaan Belanda telah memberi amaran ia tidak akan menamakan sembarang suspek dalam sidang media bagi mengeluarkan dapatan awal itu.

Penyiasat akan bertemu saudara-mara mangsa dahulu untuk memberitahu mereka mengenai dapatan tersebut, dan selepas itu satu sidang media akan diadakan pada 1100 GMT (7 malam waktu Singapura).

Russia minggu ini sekali lagi berusaha mengelak daripada dipersalahkan bagi nahas MH17 itu, dengan menuduh Kiev, lapor beberapa akhbar Belanda.

Ukraine dan Barat menekan bahawa pemberontak pro-Russia menyerang pesawat itu dengan sistem peluru berpandu buatan Russia yang mungkin dibekalkan oleh Moscow.

Siasatan awam antarabangsa berasingan, yang diketuai oleh lembaga keselamatan Belanda, membuat kesimpulan Oktober lalu bahawa pesawat tersebut dijatuhkan oleh peluru berpandu BUK yang dilancar dari zon yang kuasai kumpulan pemisah pro-Russia.

Tetapi ia tidak menyatakan siapa bertanggungjawab. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg