Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas pesawat: 4 budak hilang 40 hari di Amazon Colombia ditemui hidup

Jun 10, 2023 | 01:27 PM



BOGOTA (Columbia): Empat kanak-kanak Orang Asli yang hilang selama lebih sebulan dalam  hutan hujan Amazon Colombia berikutan satu nahas pesawat kecil ditemui hidup, umum Presiden Gustavo Petro pada Jumaat.


“Kegembiraan untuk seluruh negara! Empat kanak-kanak yang hilang 40 hari lalu di hutan Colombia ditemui dalam keadaan hidup,” tulis Encik Petro di Twitter.

Catatannya termasuk gambar beberapa orang dewasa, antara mereka berpakaian tentera, menjaga kanak-kanak yang duduk di atas kain terpaulin di tengah-tengah hutan yang padat.

“Mereka lemah. Biarlah doktor membuat penilaian mereka,” kata Encik Petro kepada akhbar di Bogota.

Berasal daripada kumpulan Orang Asli Huitoto, kanak-kanak itu – berumur 13, sembilan, empat dan satu tahun – telah berkeliaran bersendirian di dalam hutan sejak 1 Mei, apabila pesawat Cessna 206 yang dinaiki mereka terhempas.

Mayat tiga dewasa yang telah bersama mereka – ibu mereka, juruterbang dan seorang saudara – semuanya ditemui di lokasi nahas oleh tentera.

Pencarian besar-besaran oleh 160 askar dan 70 Orang Asli yang memiliki pengetahuan mendalam tentang hutan telah dijalankan sejak itu untuk mencari kanak-kanak tersebut.

Kehilangan mereka telah mendapat perhatian sedunia.

Kawasan itu adalah rumah kepada jaguar, ular dan pemangsa lain, serta kumpulan penyeludupan dadah bersenjata, tetapi petunjuk yang berterusan – kesan tapak kaki, lampin, buah yang dimakan separuh – menyebabkan pihak berkuasa percaya mereka berada di landasan yang betul.

Khuatir bahawa kanak-kanak itu akan terus merayau dan menjadi semakin sukar untuk dikesan, tentara udara membuang 1,000 risalah ke dalam hutan dengan arahan dalam bahasa Sepanyol dan bahasa Orang Asli kanak-kanak itu sendiri, memberitahu mereka untuk tidak berganjak.

Risalah itu juga termasuk petua bertahan hidup, dan tentera menjatuhkan bungkusan makanan dan air botol.

Pasukan penyelamat juga telah menyiarkan mesej yang dirakam oleh nenek kanak-kanak itu, menggesa mereka supaya tidak bergerak.

Kanak-kanak Huitoto belajar memburu, memancing dan memetik makanan, dan datuk mereka, Encik Fidencio Valencia, memberitahu AFP bahawa kanak-kanak itu mengenali keadaan dalam hutan.


Encik Valencia mengesahkan pada Jumaat bahawa kanak-kanak itu telah ditemui.

“Saya memerlukan penerbangan atau helikopter untuk pergi mendapatkan mereka dengan segera,” katanya.

Encik Petro telah mengumumkan bahawa kanak-kanak itu telah ditemui hidup 17 hari selepas mereka hilang, tetapi menarik balik pengumuman itu sehari kemudian, mengatakan beliau telah diberikan maklumat palsu. — AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >