Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas pesawat di Indonesia: Seorang budak lelaki terselamat, lapan lagi maut

Aug 12, 2018 | 05:00 PM



 





JAKARTA: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ialah penumpang tunggal yang terselamat selepas pesawat yang dinaikinya jatuh terhempas di kawasan gunung-ganang di Timur Indonesia, membunuh lapan orang.



Pesawat Pilatus buatan Switzerland itu putus hubungan dengan menara kawalan trafik udara pada Sabtu (11 Ogos) semasa dalam penerbangan 40 minit di Papua, sebuah wilayah pedalaman.



Bangkai pesawat ditemui di kawasan hutan tebal di lereng gunung daerah Oksibil pada pagi Ahad (12 Ogos).



“Lapan penumpang ditemui mati dan satu masih hidup,” kata jurucakap tentera Papua Leftenan Kolonel Dax Sianturi.



“Buat masa ini, sebab insiden itu berlaku masih belum dapat dipastikan,” katanya, bercakap kepada AFP, dan berkata siasatan akan dijalankan oleh jawatankuasa keselamatan pengangkutan kebangsaan.



Pesawat itu, yang dimiliki oleh syarikat khidmat sewa privet Dimonim Air, sedang membawa tujuh penumpang dan dua kru.



Sebelum kemalangan itu, pendudukn kampung berhampiran, di Okatem, berkata mereka mendengar ngauman lantang disusuli dentuman kuat.



Pasukan mencari dan menyelamat berjalan dua jam untuk ke tempat kemalahan dan masih mencari mayat pada lewat pagi tadi.



Menurut AFP, Indonesia amat bergantung kepada pengangkutan udara untuk menghubungkan ribuan kepulauan di negara itu, tetapi ia mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang buruk dan telah mengalami beberapa insiden pesawat terhempas dalam tahun-tahun sebelum ini.



Papua berada di kawasan yang amat sukar dijelajahi.



Lima orang maut selepas pesawat kecil jatuh terhempas berhampiran Wamena di wilayah Papua pada Julai tahun lalu.



Pada Ogos 2015, pesawat penumpang komersial yang dimiliki oleh syarikat penerbangan Indonesia Trigana jatuh terhempas di Papua kerana cuaca buruk. Semua 54 orang di dalamnya terbunuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >