Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas Sriwijaya Air: Masalah sistem kawalan pendikit dikesan dalam siasatan awal

Feb 10, 2021 | 09:31 PM



JAKARTA: Pesawat Indonesia, Sriwijaya Air, yang terhempas di Laut Jawa dalam kejadian yang mengorbankan 62 nyawa bulan lalu, berlaku dengan masalah dikesan pada sistem kawalan pendikitnya.



Satu siasatan awal suruhanjaya keselamatan pengangkutan di Indonesia, Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT), mendedahkan masalah itu berlaku menyebabkan pesawat berkenaan terjejas sejurus berangkat dari lapangan terbang.



“Tuil pendikit kiri semakin berkurangan operasi enjinnya sedangkan pendikit kanannya kekal seperti biasa.



“Sistem pendikit automatik pesawat itu tidak aktif,” kata Kapten Nurcahyo Utomo, ketua siasatan keselamatan udara, dalam satu taklimat media yang diadakan secara maya pada Rabu (10 Februari).



Kapten Nurcahyo turut menafikan kemungkinan cuaca menjadi faktor penyebab nahas itu, lapor akhbar The Straits Times.



Dalam satu wawancara Bloomberg News pula, dilaporkan bahawa pesawat itu mempunyai masalah pendikit automatiknya sejak beberapa penerbangan lalu.



Sumber siasatan menjelaskan, penyiasat telah meninjau alat pendikit itu sebagai satu penyebab juruterbang hilang kawalan pesawat.



Masalah tersebut yang ada kena-mengena dengan ketidakseimbangan boleh menyebabkan pesawat itu mereng ke tepi dan turun secara mendadak.



Pesawat Boeing 737-500 berusia 27 tahun itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 9 Januari, menuju ke Pontianak, ibu negeri wilayah Kalimantan Barat.



Ia kemudian hilang daripada radar empat minit selepas berlepas.



Pada 11 Januari, Kapten Nurcahyo memberitahu akhbar The Straits Times, pesawat itu kemungkinan terbelah dua apabila terhempas ke lautan.



Menurutnya lagi, serpihan pesawat mungkin bersepah di kawasan lebih besar jika pesawat itu musnah di tengah udara. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >