Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nahas Sriwijaya Air: Serpihan pesawat, bahagian tubuh manusia ditemui

Jan 10, 2021 | 04:56 PM



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah menemui serpihan pesawat Sriwijaya Air yang dilaporkan hilang pada Sabtu (9 Januari) dan bahagian tubuh manusia yang dipercayai merupakan penumpang atau kru kabin pesawat berkenaan.



Penemuan itu dibuat di perairan sekitar utara Jakarta pada Ahad (10 Januari).



Pesawat tersebut hilang dari layar radar beberapa minit selepas ia berlepas dan sampai pada paras ketinggian 3,322 meter.



Pihak berkuasa Indonesia menyatakan mereka telah menjejak isyarat yang kemungkinan datang daripada peti-peti hitam pesawat itu.



Pihak polis pula meminta keluarga mangsa yang terlibat agar memberi maklumat bagi mengenal pasti mayat yang ditemui.  Antara yang dapat membantu adalah rekod pergigian dan sampel DNA.



Salah seorang anggota keluarga mangsa, Encik Irfansyah, bergegas ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta pada lewat Sabtu malam. Pada Ahad, beliau masih menantikan berita gembira tentang beberapa anggota keluarganya termasuk ibu bapanya yang menaiki pesawat berkenaan.



"Kami rasa tidak berdaya. Kami hanya menanti dan berdoa bagi sebarang keterangan lanjut," katanya kepada wartawan Indonesia.



Sementara itu, video terakhir seorang penumpang pesawat itu, Cik Ratih Windania, yang dimuatnaikkan ketika di lapangan terbang di Jakarta, kini tular.



Ia menunjukkan foto tiga kanak-kanak yang ceria dengan emoji dan pesanan "Bye bye keluarga semua...kita pulang kampung dulu ya..." tulisnya. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >