Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Nahdlatul Ulama tarik pegawai pemerintah intai kedudukan politik

Feb 03, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia dan di dunia, Nahdlatul Ulama (NU), menyambut ulang tahun ke-100, dengan beberapa individu terkemuka dalam pemerintah negara itu diberi peranan berprofil tinggi dalam kumpulan tersebut.



Mereka termasuk Menteri Perusahaan Milik Negara, Encik Erick Thohir, serta Timbalan Menteri Ehwal Maritim dan Pelaburan, Encik Jodi Mahardi.



Diasaskan tokoh yang amat dihormati di Indonesia, Kiyai Haji Hasyim Asy'ari, NU kini mempunyai pengaruh politik yang besar, dengan kira-kira 45 juta anggota.



Pertubuhan itu, atau anggotanya, boleh menjadi faktor penentu yang mungkin menentukan siapa yang bakal menjadi Presiden Indonesia akan datang.



Kubu kuat NU ialah di Jawa Timur, yang diduduki 40 juta warga Indonesia, menjadikannya wilayah kedua paling ramai penduduk selepas Jawa Barat.



Namun, tiada seorang pun daripada tiga bakal calon utama Presiden Indonesia mempunyai penyokong kuat di Jawa Timur.



Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, daripada parti pemerintah Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), kini bakal calon yang paling popular.



Ini disusuli mantan gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, yang tidak menganggotai sebarang parti politik tetapi mempunyai sokongan daripada tiga parti, serta Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto daripada parti Gerindra.



Sekiranya mereka boleh mencari rakan tanding bersama bagi pilihan raya presiden akan datang daripada NU, mereka boleh menjangkakan kemenangan besar dalam pilihan raya yang akan berlangsung tahun depan itu.



Sebagai contoh, Naib Presiden Indonesia, Kiyai Ma'ruf Amin, yang merupakan anggota kanan NU, memainkan peranan penting memperoleh undi warga bagi Encik Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Encik Jokowi, supaya dipilih lagi sebagai Presiden Indonesia pada 2019.



Malah, ahli politik dan pegawai pemerintah yang mahu memasuki arena politik juga telah berusaha mendekati NU bagi mendapatkan sokongan mereka.



Encik Erick merupakan antara bakal calon naib presiden dan beliau mahu berganding dengan Encik Ganjar atau Encik Prabowo, kedua-duanya daripada kem Encik Jokowi.



Encik Anies pula dianggap sebagai pesaing politik Encik Jokowi.



Encik Erick telah berkhidmat sebagai ketua jawatankuasa pemandu NU bagi sebuah acara di Jakarta sempena ulang tahun NU pada 7 Februari.



Beliau juga baru-baru ini dilantik sebagai anggota kehormat pertubuhan sayap belia NU, Banser, manakala Encik Jodi dilantik sebagai ketua jabatan ehwal antarabangsa.



Penganalisis politik, Dr Djayadi Hanan, berkata Encik Erick mempunyai latar belakang keusahawanan dan kurang ikatan dengan pertubuhan sosial.



"Beliau jelas perlu dekatkan dirinya dengan NU.



"NU biasanya mempunyai ramai pengikut. Sekitar 50 peratus golongan dewasa warga Indonesia mengamalkan budaya dan cara kehidupan NU sementara sekitar 25 peratus daripada mereka merupakan anggota NU," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >