Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib: 1Malaysia antara sebab Mahathir mula benci saya

Jul 06, 2018 | 02:08 PM



PETALING JAYA: Program 1Malaysia yang bertujuan menggalak perpaduan nasional merupakan antara sebab hubungan antara mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berubah menjadi buruk.



Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Datuk Seri Najib berkata Tun Dr Mahathir juga tidak senang dengan beberapa projeknya dan keputusan dasarnya.



“Pada mulanya selepas saya menjadi perdana menteri, sekitar 2009 sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, hubungan kami baik,” kata Datuk Seri Najib.



Namun tambahnya, Tun Dr Mahathir bertambah marah dengannya apabila beliau enggan memenuhi pelbagai permintaannya.



Antara permintaan Tun Dr Mahathir kepada Datuk Seri Najib itu termasuk projek jambatan bengkok untuk menggantikan laluan dari Johor Bahru ke Singapura.



Datuk Seri Najib berkata beliau tidak dapat meluluskan projek itu kerana mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah membatalkannya.



“Sukarlah untuk saya menerangkan kepada orang awam jika kami memulakan projek itu semula, lebih-lebih lagi selepas pampasan besar yang telah pun dibayar bagi pembatalannya,” ujar Datuk Seri Najib.



Selain itu, beliau berkata Tun Dr Mahathir juga tidak senang dengan beberapa hal lain termasuk 1Malaysia, satu program oleh Datuk Seri Najib yang bertujuan menggalak keharmonian kaum, perpaduan nasional dan tadbir urus yang cekap. -THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >