Topik diikuti
Pergi ke BHkuNajib: 1MDB tidak hutang $670 juta dengan syarikat Abu Dhabi

Oct 28, 2015 | 5:30 AM
Najib: 1MDB tidak hutang $670 juta dengan syarikat Abu Dhabi
KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak berhutang AS$481 juta ($670 juta) dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), kata Datuk Seri Najib Razak.
Melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia itu berkata notis penyata kewangan 1MDB yang berakhir 31 Mac 2014 menyatakan tiada jumlah itu ditanggung 1MDB.