Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib, anak buat rayuan atas kes cukai pendapatan RM1.74b

Nov 21, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua anak lelakinya buat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapatkan penghakiman terus dalam kes saman tunggakan cukai pendapatan terhadap mereka yang berjumlah RM1.74 bilion ($570 juta).



Pengurusan kes bagi rayuan Datuk Najib, 67 tahun, membabitkan tunggakan cukai berjumlah RM1.69 bilion; Datuk Mohd Nazifuddin, 37 tahun, (RM37.6 juta); dan Datuk Mohd Nizar, 42 tahun, (RM13.16 juta) akan juga disebut bersama-sama pada 16 Disember ini.



Sebelum ini, bekas perdana menteri dan anaknya itu menfailkan rayuan masing-masing secara berasingan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Datuk Najib perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada kerajaan Malaysia selepas Mahkamah Tinggi membenarkan penghakiman terus (tanpa perlu dibicarakan) dalam kes saman LHDN terhadap beliau pada 22 Julai lalu.



Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas mendapati jumlah tunggakan berkenaan perlu dikenakan dan dibayar oleh Datuk Najib sebagai hutang kepada kerajaan.



Ia juga memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Datuk Najib, selaku defendan, untuk mendengar rayuan bagi jumlah tunggakan yang dipertikaikan itu.



Namun, beliau masih boleh mengemuka rayuan berhubung jumlah yang dipertikai itu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).



Pada 7 Julai lalu, Mahkamah Tinggi turut membuat keputusan sama dalam kes saman LHDN terhadap Datuk Mohd Nazifuddin, selepas mendapati LHDN berjaya menunjukkan kes yang jelas, dan sebaliknya pembelaan defendan tidak bermerit.



Pada 25 September pula, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus LHDN dalam kes saman tunggakan cukai pendapatan terhadap Datuk Mohd Nizar.



Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa tiada isu yang boleh dibicarakan dan tuntutan LHDN terhadap plaintif tidak terikat oleh tempoh masa.



Ia juga memutuskan bahawa mengikut undang-undang, seseorang individu yang mempunyai tunggakan perlu membuat bayaran terlebih dulu, sebelum mengemuka rayuan kepada SCIT.



Pada Julai lalu, Datuk Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Beliau menjadi Perdana Menteri pertama di Malaysia yang dibawa ke muka pengadilan dan didapati salah oleh mahkamah.



Namun Datuk Najib kini dibebaskan dengan ikat jamin dan sedang merayu ke atas keputusan itu. Beliau masih menghadapi banyak lagi tuduhan berkaitan penyelewengan wang 1MDB - dana milik negara yang ditubuhkannya pada 2009.



Baru-baru ini, beliau telah meminta mahkamah Amerika Syarikat agar membenarkan peguamnya mendapatkan dokumen dan keterangan daripada firma kewangan Goldman Sachs Group Inc untuk membantu pembelaannya berkaitan tuduhan jenayah berhubung skandal 1MDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >