Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Najib-Anwar debat isu kewangan syarikat minyak, gas 12 Mei

Apr 18, 2022 | 5:30 AM
9274b416-a84a-4352-9f58-f2afc5ebc87a
-

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat antara kedua tokoh politik negara itu.

Pengumuman program debat itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Encik Isham Jalil, dalam sidang media semalam.

Menurut mereka, debat tersebut akan berlangsung pada 9 malam malam di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).

Debat perdana ini juga akan dapat disaksikan secara langsung sama ada menerusi saluran media diumumkan kemudian atau secara fizikal di Dewan Tuanku Canselor.

Ia akan merangkumi tiga segmen iaitu isu Sapura Energy, hala tuju negara dan sesi soal dan jawab, kata mereka.

Program debat mengenai isu kewangan Sapura Energy Bhd. itu dijangka memberi ruang kepada rakyat untuk mengetahui isu sebenar yang berlaku.

Sebelum ini Datuk Najib merupakan individu terawal yang mencadangkan kerajaan supaya menyelamatkan SEB yang berhadapan dengan krisis kewangan teruk.

Menyusuli cadangan itu, Naib Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli mencabar Datuk Najib untuk berdebat berhubung isu Sapura Energy.

Datuk Najib kemudian menyahut cabaran debat terbuka itu, namun mahu Encik Rafizi mengajak Datuk Anwar untuk sama-sama berdebat dengannya.

Datuk Anwar menyatakan kesediaannya berdebat dengan Datuk Seri Najib bermula sejak 10 tahun lalu di mana beliau pernah melontarkan cabaran serupa, tetapi tidak disahut Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu.

Media setempat sebelum ini melaporkan SEB yang merupakan syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia merekodkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion ($2.85 bilion) pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 berbanding RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun sebelum ini. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg